Kredit foto: Instagram Selena Gomez

Penyanyi Hollywood, Selena Gomez membuat kejutan kepada peminatnya menerusi pendedahan imej terbarunya yang berambut pendek.

Foto gaya terkininya dikongsi menerusi laman Instagram. 

Rata-rata peminat Selena memberi pujian. Menurut mereka, imej tersebut bukan sahaja bersesuaian dengan bentuk wajah Selena, malah dalam foto yang dikongsi dia kelihatan cantik tanpa mekap. 

"Selena kelihatan cantik dengan gaya baharunya berambut pendek dan nampak seperti patung.''

"Potongan rambut barunya itu dilihat sesuai dengan raut wajahnya dan penampilan yang digayakan oleh Selena.''

"Menerusi gambar yang dikongsikan Selena kelihatan cantik meskipun tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya." 

Sumber: Astro Gempak 

Bagaimanapun punca Selena membuat perubahan imej itu masih tidak dinyatakan. 

Sebelum ini Selena begitu sinonim dengan gaya rambut panjang yang melepasi paras dada. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)