Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Album terbaru penyanyi Dayang Nurfaizah yang dilancarkan secara digital pada 7 April lalu telah berada dalam senarai 'worldwide trending' di iTunes bersama beberapa album artis antarabangsa terkemuka seperti Coldplay, Ed Sheeran, Rockabye dan Maroon 5. Paling membanggakan, album tersebut tersenarai di posisi keenam.
Dayang dalam wawancara terbarunya melahirkan perasaan terkejut dengan sambutan itu.
Kredit foto: BH Online
Saya terkejut apabila diberitahu album ini menjadi trending. Mungkin peminat sudah lama menantikan album ini kerana sudah enam tahun saya tidak muncul dengan sebarang album. Mungkin juga lagu-lagu yang ada dalam album ini memenuhi cita rasa mereka.
Sumber: Astro Gempak
Tidak ketinggalan album tersebut juga menjadi juara carta iTunes dan top 10 Spotify Malaysia - juga dilaporkan mendapat jumlah jualan yang luar biasa di Singapura dan Brunei. Sehingga minggu lalu sahaja, album itu diulang cetak sebanyak tiga kali.
Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Saya macam tak percaya 1,000 salinan pertama habis dijual dalam masa satu hari ia dilancarkan. Cetakan kedua sebanyak 1,000 salinan juga mendapat sambutan hangat daripada peminat. Pihak label juga sudah mencetak 1,000 lagi salinan selepas mendapat permintaan daripada peminat.
Sumber: Astro Gempak
Menurut Dayang lagi, pihak pengurusannya, Indigital Music juga menyasarkan jualan sebanyak 6,000 salinan dalam tempoh enam bulan pertama.
Saya berharap agar album ini dapat melepasi sasaran dan jika dapat lebih daripada itu, ia satu bonus. Saya juga memandang sambutan yang diberikan terhadap album ini sebagai satu perkembangan yang bagus dan berharap ia berterusan.
Sumber: Astro Gempak
Kredit foto: BH Online