tesla

Ketika sedang memandu kereta di lebuh raya Autobahn, seorang lelaki Manfred Kick terlihat sebuah kenderaan yang dibawa secara merbahaya. Kerana curiga, beliau mendekati kereta tersebut dan mendapati pemandu tersebut tidak sedarkan diri dan sedang menyandarkan kepalanya pada stereng kereta. 

Manfred, 41 tahun, yang memandu kereta Tesla Model S telah memandu ke hadapan kereta tersebut sebelum membrek untuk memberhentikan kereta tersebut daripada terus meluncur laju.

Setelah kereta tersebut berhenti, Manfred keluar daripada keretanya dan segera ke kereta lelaki tersebut untuk menyelamatkannya sambil menunggu bantuan tiba. Setelah pihak medik tiba, lelaki yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke sebuah hospital di Munich, Jerman.

kemalangan di jerman

Mengikut laporan pegawai perubatan, lelaki yang tidak sedarkan diri itu telah diserang strok dan dilaporkan telah stabil.

Sementara itu, Manfred yang mengorbankan kereta Teslanya terpaksa menanggung kos membaiki kenderaan itu yang menelan belanja kira-kira $10000. Walaubagaimanapun, CEO Tesla, Elon Musk yang mendapat tahu mengenai perkara itu telah menawarkan untuk menanggung kos keseluruhan kenderaan tersebut secara percuma.

Elon Musk juga telah menulis di akaun Twitternya memuji tindakan lelaki tersebut menyelamatkan nyawa orang lain:

“Congrats to the Tesla owner who sacrificed damage to his own car to bring a car with an unconscious driver safely to a stop!.  In appreciation, Tesla is providing all repair costs free of charge and expedited.”

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)