Kereta pertama keluaran syarikat Jaguar, I-Pace, telah dilihat sedang melakukan kajian di kawasan awam. Menariknya, rekabentuknya sama dengan rekabentuk konsep yang pernah diumumkan sebelum ini pada bulan November 2016.

Di bawah ini merupakan rekabentuk kereta I-Pace ini yang dilihat orang ramai di lebuh raya awam. Walaubagaimanapun, ianya telah diwarnakan dengan warna hijau dan hitam untuk menyembunyikan rekabentuk dan design sebenarnya:

i pace

Sebelum ini, dalam sebuah pertunjukan kenderaan di Los Angles pada 2016 pihak Jaguar telah memperlihatkan konsep rekabentuk kereta elektrik pertama yang dibangunkan oleh mereka. Nampaknya, rekabentuk kereta yang akan dijual kelak tidak banyak bezanya dengan rekabentuk kereta konsep yang dipertontonkan dahulu.

Dibawah ini pula adalah rekabentuk konsep yang diperlihatkan oleh Jaguar:

jaguar electric car

Kereta ini dijangka akan dijual pada tahun 2018 dan berkemungkinan terdapat beberapa perubahan kecil yang akan dibuat Ketika diumumkan pada 2016, pihak Jaguar mengatakan bahawa I-Page merupakan kereta teknologi masa dengan dengan design yang sporty.

Sejak kebelakangan ini, beberapa pengeluar sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta elektik, antaranya Tesla dan Mercedes-Benz. Dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran udara, kereta elektrik merupakan teknologi masa depan yang sangat ditunggu-tunggu. Walaubagaimapun, harga kereta elektrik yang lebih mahal dan kurangnya fasiliti untuk mengecaj kenderaan ini sering menjadi penghalang orang ramai menggunakannya.


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)