Oleh pada 03 Mar 2018 kategori

yuna bekas pelajar uitm

Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan sahaja antara universiti terbaik negara, malah juga di Asia. Dan kini, ia telah berada di kedudukan bersama-sama institusi-institusi elit dunia.

Senarai QS World University Rankings 2018 edisi ke-8 yang dikeluarkan oleh penganalisa pengajian tinggi global QS Quacquarelli Symonds yang dikeluarkan semalam melihatkan 12 daripada subjek UiTM tersenarai di antara universiti terbaik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara subjek-subjek tersebut termasuklah :

  1. Kejuruteraan - Kimia
  2. Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan
  3. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  4. Perubatan
  5. Farmasi dan farmaakologi
  6. Kimia
  7. Perakaunan dan Kewangan
  8. Pengajian Perniagaan dan Pengurusan
  9. Pendidikan
  10. Senibina dan Alam Sekitar
  11. Pertanian dan Perhutanan
  12. Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Selain daripada pencapaian yang membanggakan ini, UiTM juga mencatatkan peningkatan dalam 4 subjek iaitu :

  1. Sains Sosial dan Pengurusan (dari kedudukan 309 ke 198)
  2. Kejuruteraan dan Teknologi (dari kedudukan 280 kepada 180)
  3. Seni dan Kemanusiaan (dari kedudukan 249 kepada 239)
  4. Sains Hayat dan Perubatan (berada dalam kedudukan di antar 451 hingga 500 buat kali pertama)

prof emeritus datuk dr hassan said naib canselor uitm

Kesemua subjek yang disenaraikan berdasarkan prestasi dalam 4 aspek iaitu reputasi akademik rakan sebaya, reputasi siswazah oleh majikan, jumlah artikel Scopus yang diindekskan dalam tempoh 5 tahun dan juga indeks-H (yang juga diambil dari Scopus), jelas Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Indeks-H adalah ukurun produktiviti cendekiawan dan impak rujukan dalam bidang masing-masing. 

Tambahnya lagi, UiTM menunjukkan peningkatan dengan jumlah skor 326 yang majoritinya disumbangkan oleh reputasi siswazah mengikut majikan dan juga Indeks-H dari Scopus.

Rujukan :

1. NST

2. Top Universities




Hakcipta iluminasi.com (2017)