Dari segi pendidikan, nama Malaysia tidak asing di peringkat antarabangsa. Ramai pelajar Malaysia yang belajar di luar negara telah lama mencipta nama yang membanggakan kita sebagai rakyat.

Selain itu, kedudukan universiti-universiti Malaysia di peringkat global juga semakin memperlihatkan peningkatan yang ketara. 

Hal ini juga dibuktikan oleh kejayaan seorang pelajar Malaysia yang telah mencatatkan rekod dunia dalam bidang perakaunan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seorang pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapat markah tertinggi di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan Program Perakaunan Profesional Julai-Disember 2019.

hakeem mohammad akmal catat markah 100 cat 3

Hakeem Mohammad Akmal yang berusia 18 tahun menerima 100% markah bagi kertas 'Rekod Kewangan Transaksi' (FA1), dan dengan ini layak untuk dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) di United Kingdom.

Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberitahu bahawa Hakeem telah mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT) yang disahkan di UiTM Shah Alam sejak Julai 2019. Beliau sebelum ini telah menamatkan SPM dengan keputusan cemerlang 9A.

Hakeem berkata beliau bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan dan pensyarah yang sangat membantu walaupun dia banyak bertanya di kelas.

hakeem mohammad akmal catat markah 100 cat 806

"Pensyarah yang mengajar saya sangat membantu semasa dan selepas kelas. Saya percaya interaksi antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan," kata Hakeem Mohammad Akmal.

Lebih mengejutkan, Hakeem yang merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak ini mencatatkan keputusan membanggakan ini walaupun sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mata pelajaran perakaunan.

Ketika di sekolah menengah, Hakeem merupakan pelajar aliran sains tetapi memutuskan untuk menukar bidang bagi mencuba sesuatu yang lebih mencabar bagi dirinya.

Selepas menamatkan program CAT, rancangan masa hadapan bagi pelajar cemerlang ini adalah untuk melanjutkan pengajian ACCA bagi meneroka kerjaya dalam bidang percukaian yang dilihatkan mempunyai peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.

Rujukan:

1. World of Buzz

2. Astro Awani

3. Bharian




Hakcipta iluminasi.com (2017)