Oleh pada 23 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Pelakon Mira Filzah muncul sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

Menerima undian tertinggi sebanyak 6,320,463 menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Mira, 26, menafikan potensi pencabarnya, Siti Nordiana dan Khai Bahar, yang turut disebut-sebut mempunyai peluang menjulang trofi utama itu.

Kemenangan itu sekaligus membawa kepada ganjaran berupa kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

Nama popular lain nyata tidak berdepan masalah untuk meraih trofi 15 kategori utama dan lima kategori online yang dipertandingkan.

Antara yang menerima pengiktirafan termasuk Khai Bahar menerusi Penyanyi Lelaki Popular, Siti Nordiana (Penyanyi Wanita Popular), Fattah Amin (Pelakon Filem Lelaki Popular), Syafiq Kyle (Pelakon TV Lelaki Popular), Zizan Razak (Artis Komedi Popular) dan ramai lagi.

Malam kemuncak anugerah bertemakan 'Melangkaui Sempadan' itu turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air seperti Akim Ahmad, Sufian Suhaimi, Ismail Izzani, Liza Hanim, Aishah, Hazama dan ramai lagi.

Diacarakan oleh gandingan hos, Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.

Berikut senarai penuh para pemenang:

    

senarai pemenang anugerah bintang popular berita harian 2019

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

KATEGORI UTAMA

  1. Artis Baharu Lelaki Popular – Adam Lee
  2. Artis Baharu Wanita Popular – Haneesya Hanee
  3. Artis Komedi Popular – Zizan Razak
  4. Artis Versatil Popular – Janna Nick
  5. Pengacara TV Popular – Siti Nordiana
  6. Penyampai Radio Popular – DJ Lin
  7. Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa – Syafiq Kyle
  8. Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa – Mira Filzah
  9. Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
  10. Pelakon Filem Wanita Popular – Mira Filzah
  11. Penyanyi Lelaki Popular DuitNow – Khai Bahar
  12. Penyanyi Wanita Popular DuitNow – Siti Nordiana
  13. Artis Kolaborasi / Duo Popular – Dayang Nurfaizah & Hael Hussaini
  14. Artis Indonesia Popular – Laudya Cynthia Bella
  15. Artis Korea Popular – BTS
  16. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Raihan
  17. Bintang Paling Popular - Mira Filzah

    

KATEGORI ONLINE

  1. Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
  2. Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
  3. Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
  4. Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
  5. Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

   

Kredit video: [LIVE] Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 | #ABPBH32

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)