Oleh pada 25 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Astro Gempak, sebagai platform hiburan digital di Malaysia, sekali lagi menganjurkan Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23) untuk mengiktiraf personaliti digital dalam gaya hidup dan industri hiburan tempatan. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjadi tempat berlangsungnya acara megah ini pada 25 Februari 2024, dengan kehadiran artis dan pencipta konten digital terkemuka.

        

gempak most wanted 2024 575

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Hos acara, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Amelia Henderson dan Sean Lee, menambahkan keceriaan dengan persembahan selebriti dan warga pencipta pujaan ramai. Penyanyi-penyanyi terkenal turut memukau penonton sepanjang malam.

Sebelum bahagian utama acara, pasangan hos karpet merah, Ceddy Ang dan Yaya Zahir, berbual dengan tetamu jemputan, merakamkan momen-momen istimewa sebelum acara dimulakan.

         

gempak most wanted 2023 544

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Dengan tema Y2K, GMWA23 memperkenalkan tiga kategori baharu, iatu Lagu/Audio Tergempak, Content Creator (Hiburan) Tergempak dan Content Creator (Lifestyle) Tergempak, mencerminkan evolusi media digital sekaligus memberi tumpuan kepada kreativiti dalam bidang lagu, hiburan dan gaya hidup.

        

gempak most wanted awards

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

GMWA23 turut mempersembahkan anugerah 'Gempak Hall Of Fame' dan 'Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!' yang melibatkan penglibatan peminat menerusi undian media sosial dan laman web.

        

astro gempak most wanted

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Kemuncak GMWA23 disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro Go dan Sooka, jam 9 malam, selain boleh diakses menerusi platform penstriman seperti YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live +.

Para pencipta konten yang berjaya meraih kemenangan dalam kategori-kategori GMWA23 terdapat dalam senarai yang dinyatakan di bawah.

        

vote gempak most wanted award 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2023

         

1. Lagu / Audio Tergempak - Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

2. Video Tergempak - Kesian Girlfriend Lapar @mikhailimaan

3. Video Muzik Tergempak - Selagi Ku Ada (Khai Bahar X Nabila Razali)

4. Drama Tergempak - Melur Untuk Firdaus Musim 2 (TV3 Malaysia)

5. Selebriti Digital Tergempak - Anna Jobling

6. Gamer Tergempak - Pok Ro

7. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak - Rahman Chea @rahmanchea

8. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak - Amin & Abid Othman @aminxabid

9. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak - Dr. Say Shazril @say_shazril

10. Gempak Hall Of Fame - Melly Goeslaw

11. Anugerah Drama Rambut Tetap Boom! - Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)

PEMENANG TROFI UTAMA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2023 - Anna Jobling

        

Baca: Senarai Calon Top 5, Kategori, Persembahan, Penyampai Trofi, Undian, Tarikh Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro), Juga Keputusan Penuh Edisi Lepas!

Baca: Biodata Auntie Purple, Personaliti TikTok Calon Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024

        

Tajuk program? Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024

Bila dan tayang hari apa? 25 Februari 2024 (Ahad), pukul 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria (saluran 104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

        

Kredit video: LIVE GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2023 LIVE +

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)