hh

Oleh pada 20 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Ajai

        

'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' adalah pertandingan nyanyian hasil kolaborasi antara Astro dan TikTok, bertujuan untuk menonjolkan dan mencari bakat muzik baharu di Malaysia.

Selain menjadi platform untuk memulakan kerjaya nyanyian tempatan, program ini juga membuka peluang antarabangsa.

Edisi terbaru program ini akan disiarkan pertama kali di Astro Ria, selain menerusi TikTok Live.

       

gimme the mic malaysia

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

       

Konsep

30 peserta berbakat akan bersaing dalam program 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' yang disiarkan secara langsung di TV selama lapan minggu. Mereka akan menunjukkan kehebatan vokal masing-masing dan persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional serta undian penonton.

Program ini memperkenalkan elemen ‘The Six’, di mana enam kerusi khas akan diisi oleh peserta dengan markah tertinggi daripada juri. Kedudukan kerusi ini akan berubah setiap minggu berdasarkan penilaian juri. Pada akhir setiap konsert, enam peserta dengan markah dan undian tertinggi akan kekal dan terselamat daripada penyingkiran, manakala peserta lain yang tidak memperoleh kerusi akan menghadapi pusingan penyingkiran. Peserta dengan markah dan undian terendah akan disingkirkan.

Seterusnya, peserta yang berjaya berada dalam enam teratas akan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa dan bersaing dengan juara-juara 'Gimme The Mic' dari negara-negara lain.

        

Baca: Info Penuh, Senarai Peserta, Juri, Hadiah, Cara Undi The Hardest Singing Show (Astro Ria & Sooka), Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Baca: Keputusan Markah Mingguan, Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show (Astro Malaysia)

        

gimme the mic tiktok

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

       

Juri

Panel juri terdiri daripada nama-nama ternama yang telah lama berpengalaman dalam industri muzik dan hiburan, yang telah menggemparkan arena muzik tanah air dan antarabangsa iaitu Yuna Zarai, Bunga Citra Lestari, Ajai dan Hael Husaini.

        

Format Penjurian

Rancangan bakat terbaru ini memanfaatkan media sosial untuk mencari penyanyi dan penghibur yang dapat berinteraksi secara langsung dengan penonton. Penilaian setiap persembahan akan dilakukan oleh panel juri profesional dan melalui undian penonton.

        

gimme the mic vote

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

       

Hadiah

Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan menerima RM10,000 dalam bentuk wang tunai dari Astro dan $2,000 USD dari TikTok, serta peluang untuk menerbitkan sebuah album single yang ditaja oleh Astro & Rocketfuel.

       

Tempoh Siaran

Siaran konsert berkonsepkan pertandingan ini akan melihat para peserta bersaing secara intensif selama lapan minggu berturut-turut.

       

Pengacara

Menghidupkan suasana acara, Sherry Alhadad dan Sean Lee akan mengendalikan siaran utama, manakala Ceddy Ang dan Daniel Cheang akan bergabung sebagai hos yang menyempurnakan rancangan Live+.

        

Tarikh Tayangan Dan Waktu Siaran

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro Go dan Sooka bermula 21 Julai 2024, setiap hari Ahad pukul 9 malam. Program ini juga boleh ditonton secara interaktif di platform digital TikTok melalui akaun TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia.

         

gimme the mic malaysia peserta

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

        

Senarai Lagu Tugasan

       

Konsert Minggu 1

Tema: Tik & Tok

       

1. Xiiaopanda X Luna - Flowers (Miley Cyrus)

2. Farhan Mustapha X Oky Danial - Sangkar Derita (Haqiem Rusli)

3. Bulan Asyraff X Beyla Inara - Gurauan Berkasih (Achik & Siti Nordiana)

4. Mofanora X Jelly Belly - Someone You Loved (Lewis Capaldi)

5. Nazz X Zuly Ali - Hal Hebat (Govinda X Ernie Zakri)

6. Chong Han X Ezan - Ombak Rindu (Hafiz Suip & Adira)

7. Ameerais X Shazreen Shaharum - Hati Ini Telah Dilukai 2.0 (Ajai & Aina Abdul)

8. Mamuji X Fiza Sinha - Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy)

9. Ir Radzi X Raes - Sial (Mahalini)

10. Syaffiq Sahli X Rasz - Berdua Bersatu (Forteen)

11. Epet X Syamel Amzah - To Love Somebody (Bee Gees)

12. Bunian X Danhuangge - Dance Monkey (Tones & I)

13. Hazreen Amreena X Junlloyd Egano - Kita Bikin Romantis (Mali! & D’Essentials)

14. Rou Rou X Ary Hussin - Shallow (Lady Gaga & Bradley Cooper)

15. Aliff Kimiey X Celine Lai - Tong Hua (Michael Wong)

       

Konsert Minggu 2

Tema: Siapa Aku?

       

1. Syamel Amzah - Kekasih Bayangan (Cakra Khan)

2. Farhan Mustapha - Salam Terakhir (Sudirman Haji Arshad)

3. Ary Hussin - It's My Life (Bon Jovi)

4. Oky Danial - Kembali Merindu (Slam)

5. Junlloyd Egano - Hasrat (Amir Jahari)

6. Shazreen Shaharum - Cinta (Marsha Milan Londoh)

7. Mofanora - As It Was (Harry Styles)

8. Bulan Asyraff - Ku Akui (Hafiz Suip)

9. Ameerais - Di Amaran Mama (Hazama)

10. Bunian - Pesan Cinta (Afgan)

11. Jelly Belly - Itu Kamu (Estranged)

12. Epet - Gerhana (Kembara)

13. Rasz - Seksa (Ukays)

14. Raes - Writing's On The Wall (Sam Smith)

15. Hazreen Amreena - Mati-Matian (Mahalini)

16. Danhuangge - Wang Fei (Xiao Jing Teng)

17. Rou Rou - Poker Face (Lady Gaga)

18. Beyla Inara - Pelita Di Bawah Purnama (Erema)

19. Chong_Han - Darah Muda (Saloma)

20. Syaffiq Sahli - Sekecewa Itu (Angga Candra)

        

Konsert Minggu 3

Tema: Lagu Yang Pernah FYP

      

1. Raes - Atouna El Toufoule (Remi Bandali)

2. Junlloyd Egano - Tearin’ Up My Heart (NSYNC)

3. Chong Han - Pelangi Senja (Stacy)

4. Ameerais - Arjuna (Dewa 19)

5. Syaffiq Sahli - Masing Masing (Ernie Zakri, Ade Govinda)

6. Jelly Belly - Kau Tigakan Cinta (Elkasih)

7. Epet - Bintang Di Surga (Peterpan)

8. Mofanora - Chentaku (Zizan Razak feat. SonaOne)

9. Bulan Asyraff - I Got You (I Feel Good) (James Brown)

10. Hazreen Amreena - Bunga Hati (Salma Salsabil)

11. Shazreen Shaharum - I L U (Aepul Roza)

12. Syamel Amzah - Putri Iklan (ST12)

13. Farhan Mustapha - Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)

14. Danhuangge - Goyang Dua Jari (Sandrina Azzahra)

        

Konsert Minggu 4

Tema: 360

        

1. Farhan Mustapha - Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Alyph)

2. Shazreen Shaharum - Damelo (Dolla)

3. Danhuangge - Yellow (Coldplay)

4. Hazreen Amreena - Seksis (Anita Sarawak)

5. Mofanora - Suci Dalam Debu (Iklim)

6. Raes - Ladki Badi Anjani Hai (Kumar Sanu, Alka Yagnik)

7. Bulan Asyraff - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)

8. Jelly Belly - Dikir Putera (Saleem)

9. Syamel Amzah - Mantera Beradu (Malique feat. Dato M. Nasir)

10. Epet - Ayu (VE)

11. Syaffiq Sahli - Fantastic Baby (Bigbang)

12. Chong Han - Tari Tualang Tiga (Dayang Nurfaizah)

13. Ameerais - Careless Whisper (George Michael)

14. Junlloyd Egano - Tango La Camisa Negra (Juanes)

         

Konsert Minggu 5

Tema: Pilihan ERA

       

1. Farhan Mustapha - Kemarin (Seventeen)

2. Epet - Hutang (Floor 88)

3. Bulan Asyraff - Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists)

4. Jelly Belly - Rolling In The Deep (Adele)

5. Shazreen Shaharum - Keranamu Kekasih (Illa Sabry)

6. Ameerais - Diam (Hael Husaini)

7. Raes - Wrecking Ball (Miley Cyrus)

8. Junlloyd Egano - Lagu Kita (Aizat Amdan)

9. Syaffiq Sahli - This Love (Maroon 5)

10. Syamel Amzah - Gelora (Usop)

11. Chong Han - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)

12. Danhuangge - Madu Dan Racun (Bill And Brod)

13. Hazreen Amreena - Hati Yang Kau Sakiti (Rossa)

        

Konsert Minggu 6

Tema: Pilihan Lockdown

        

1. Ameerais - Romancinta (Mojo)

2. Danhuangge - Gangnam Style (PSY)

3. Jelly Belly - Kamelia (Sweet Charity)

4. Shazreen Shaharum - Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter)

5. Raes - Hanya Rindu (Andmesh Kamaleng)

6. Farhan Mustapha - Revolusi (Bunkface)

7. Junlloyd Egano - Dinda (Masdo)

8. Hazreen Amreena - Percayalah (Indah Ruhaila)

9. Epet - Bring Me To Life (Chris Daughtry)

10. Syaffiq Sahli - Mama Papa Larang (Judika)

11. Bulan Asyraff - Khayalan (V.E., Ruffedge)

12. Syamel Amzah - Cinta Anak Kampung (Jamal Mirdad)

       

*Senarai lagu tugasan akan dikemaskini dari minggu ke minggu.

         

Keputusan Markah Dan Carta Kedudukan

        

Konsert Minggu 1

1. Syamel Amzah - 67.14%

2. Farhan Mustapha - 66.59%

3. Ary Hussin - 66.26%

4. Bunian - 66.17%

5. Jelly Belly - 66.08%

6. Epet - 65.87%

7. Oky Danial - 65.01%

8. Danhuangge - 64.39%

9. Rasz - 64.11%

10. Raes - 63.15%

11. Junlloyd Egano - 62.90%

12. Hazreen Amreena - 62.86%

13. Syaffiq Sahli - 62.62%

14. Bulan Asyraff - 61.09%

15. Shazreen Shaharum - 60.69%

16. Mofanora - 60.65%

17. Rourou - 60.09%

18. Beyla Inara - 59.02%

19. Ameerais - 58.25%

20. Chong_Han - 57.89%

21. Ir Radzi - 57.80%

22. Ezan - 57.15%

23. Celine Lai - 55.52%

24. Aliff Kimiey - 55.18%

25. Mamuji - 50.95%

26. Fiza Sinha - 50.84%

27. Zuly Ali - 45.09%

28. Nazz - 43.51%

29. Xiaopanda - 38.98%

30. Luna - 36.45%

       

Tersingkir - Ir Radzi, Celine Lai, Ezan, Aliff Kimiey, Mamuji, Fiza Sinha, Zuly Ali, Nazz, Xiiaopanda dan Luna

The Six (6 Teratas) - Jelly Belly, Epet, Bunian, Syamel Amzah, Ary Hussin dan Farhan Mustapha

Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed - Syaffiq Sahli (Wang tunai RM1,000)

Anugerah Pilihan GimmeTwoMeeAward - Bunian (Wang tunai RM5,000)

        

Konsert Minggu 2

1. Raes - 66.06%

2. Junlloyd Egano - 62.76%

3. Bulan Asyraff - 62.00%

4. Hazreen Amreena - 61.61%

5. Shazreen Shaharum - 61.45%

6. Syamel Amzah - 60.57%

7. Chong Han - 60.55%

8. Ameerais - 60.25%

9. Farhan Mustapha - 59.95%

10. Mofanora - 59.68%

11. Syaffiq Sahli - 59.65%

12. Jelly Belly - 59.17%

13. Danhuangge - 57.51%

14. Epet - 56.20%

15. Rasz - 51.61%

16. Bunian - 48.88%

17. Oky Danial - 48.59%

18. Rou Rou - 47.23%

19. Beyla Inara - 45.14%

20. Ary Hussin - 44.85%

       

Tersingkir - Rasz, Bunian, Oky Danial, Rou Rou, Beyla Inara dan Ary Hussin

The Six (6 Teratas) - Raes, Junlloyd Egano, Bulan Asyraff, Hazreen Amreena, Shazreen Shaharum dan Syamel Amzah

Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed - Rasz (Wang tunai RM1,000)

Anugerah Pilihan GimmeTwoMeeAward - Raes (Wang tunai RM5,000)

        

Konsert Minggu 3

1. Farhan Mustapha - 66.77%

2. Shazreen Shaharum - 64.24%

3. Ameerais - 63.74%

4. Raes - 63.02%

5. Syaffiq Sahli - 62.71%

6. Bulan Asyraff - 62.27%

7. Jelly Belly - 62.13%

8. Junlloyd Egano - 59.61%

9. Danhuangge - 59.22%

10. Syamel Amzah - 51.51%

11. Epet - 48.71%

12. Hazreen Amreena - 48.37%

13. Chong Han - 45.89%

14. Mofanora - 45.38%

      

Tersingkir - Tiada Penyingkiran

The Six (6 Teratas) - Farhan Mustapha, Shazreen Shaharum, Ameerais, Raes, Syaffiq Sahli, Bulan Asyraff

Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed - Syaffiq Sahli (Wang tunai RM1,000)

Anugerah Pilihan GimmeTwoMeeAward - Farhan Mustapha (Wang tunai RM5,000)

       

Konsert Minggu 4

1. Syaffiq Sahli - 73.20%

2. Bulan Asyraff - 68.14%

3. Junlloyd Egano - 64.52%

4. Ameerais - 64.27%

5. Shazreen Shaharum - 62.98%

6. Syamel Amzah - 62.28%

7. Farhan Mustapha - 61.80%

8. Raes - 61.38%

9. Jelly Belly - 60.80%

10. Hazreen Amreena - 58.64%

11. Chong Han - 52.33%

12. Epet - 50.67%

13. Danhuangge - 46.32%

14. Mofanora - 38.54%

        

Tersingkir - Mofanora

The Six (6 Teratas) - Syaffiq Sahli, Bulan Asyraff, Junlloyd Egano, Ameerais, Shazreen Shaharum, Syamel Amzah

Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed - Syaffiq Sahli (Wang tunai RM1,000)

        

Konsert Minggu 5

1. Bulan Asyraff - 66.99%

2. Raes - 66.17%

3. Shazreen Shaharum - 66.01%

4. Farhan Mustapha - 65.20%

5. Epet - 60.46%

6. Syaffiq Sahli - 60.45%

7. Jelly Belly - 60.39%

8. Ameerais - 53.74%

9. Hazreen Amreena - 51.45%

10. Danhuangge - 47.92%

11. Syamel Amzah - 47.72%

12. Junlloyd Egano - 46.35%

13. Chong Han - 43.02%

      

Tersingkir - Chong Han

The Six (6 Teratas) - Bulan Asyraff, Raes, Shazreen Shaharum, Farhan Mustapha, Epet, Syaffiq Sahli

Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed - Syaffiq Sahli (Wang tunai RM1,000)

Anugerah Pilihan Gimme The Mic Alha Alfa - Syaffiq Sahli (Wang tunai RM5,000)

        

Konsert Minggu 6

1. Shazreen Shaharum - 68.53%

2. Jelly Belly - 68.14%

3. Farhan Mustapha - 66.57%

4. Junlloyd Egano - 65.27%

5. Syaffiq Sahli - 60.10%

6. Syamel Amzah - 58.61%

7. Bulan Asyraff - 57.96%

8. Epet - 56.51%

9. Ameerais - 56.21%

10. Raes - 54.12%

11. Danhuangge - 49.39%

12. Hazreen Amreena - 48.01%

         

Tersingkir - Tiada Penyingkiran

The Six (6 Teratas) - Shazreen Shaharum, Jelly Belly, Farhan Mustapha, Junlloyd Egano, Syaffiq Sahli, Syamel Amzah

Anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed - Syaffiq Sahli (Wang tunai RM1,000)

Anugerah Pilihan Gimme The Mic Alha Alfa - Bulan Asyraff (Wang tunai RM5,000)

         

*Keputusan markah konsert mingguan akan dikemaskini dari minggu ke minggu.

        

Baca: Kini Kembali! Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 (Musim 11)

Baca: Senarai Dan Biodata Peserta TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia (2024)

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2024 (Musim 6)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 (GV11)

        

Tajuk program? TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia

Bila dan tayang hari apa? Mulai 21 Julai 2024, setiap hari Ahad, jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria (saluran 104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)