negara paling ramai anti vaksin

Wellcome Trust, sebuah badan amal penyelidikan U.K telah meninjau lebih daripada 140,000 orang (berumur 15 dan ke atas) di lebih daripada 140 negara mengenai pandangan sains dan cabaran kesihatan utama.

Dan walaupun 8 dari 10 orang di seluruh dunia (79%) mengatakan bahawa vaksinasi adalah selamat dan 9 daripada 10 orang mengatakan anak-anak mereka sendiri telah divaksin, namun negara-negara berpendapatan tinggi di Eropah kurang yakin dengan vaksin berbanding negara berpendapatan rendah di Afrika.

Dalam laporan tersebut, Perancis mempunyai pendirian anti-vaksin terkuat di mana 1 daripada 3 penduduk Perancis tidak percaya bahawa vaksin adalah selamat dan 1 dalam 10 menganggap adalah tidak penting untuk kanak-kanak bagi mendapatkan vaksin.

Malah 55% penduduknya juga menunjukkan ketidakpercayaan terhadap sains dan teknologi, di mana mereka beranggapan bahawa kedua-dua perkara itu akan mengurangkan bilangan pekerjaan.

perhimpunan bantahan anti vaksin

Laporan itu juga menyatakan bahawa keraguan yang semakin meningkat di Perancis sejak beberapa tahun yang lalu yang kini termasuk beberapa anggota komuniti perubatan telah membantu memacu liputan vaksin di kalangan beberapa kanak-kanak dan orang dewasa muda di bawah ambang imuniti dan menyebabkan peningkatan jumlah kes campak dan penyakit meningokokal.

Malah, kaji selidik itu melaporkan bahawa orang di Eropah Barat mempunyai keyakinan yang paling rendah dalam vaksin di dunia, dengan lebih dari 1 dalam 5 (22%) tidak bersetuju bahawa vaksin selamat, diikuti oleh 17% orang Eropah Timur yang mengatakan perkara yang sama.

artis turut serta propaganda anti vaksin

Hanya sekitar separuh penduduk Ukraine percaya bahawa vaksin berfungsi. Dan kira-kira seperlima orang di Eropah secara keseluruhan sama ada tidak bersetuju atau tidak pasti sama ada vaksin adalah selamat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kes campak berlaku lebih 3 kali ganda di seluruh Eropah tahun lalu yang mana sebahagian besarnya didorong oleh hampir 54,000 kes yang disahkan di Ukraine dan 2,913 lagi di Perancis.

graf kepercayaan negara terhadap vaksin

Negara-negara yang mempunyai bilangan ibu bapa tertinggi yang mendakwa tidak memvaksin anak-anak mereka termasuklah China (9%), Austria (8%) dan Jepun (7%).

Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang vaksin dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (perkadaran kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin seperti vaksin MMR (campak, beguk dan rubella) telah meningkat hampir 4 kali ganda sejak 15 tahun yang lalu), namun Amerika Syarikat sebahagian besarnya dilihatkan sebagai pro-vaksin dalam laporan ini.

Negara ini jatuh di tempat ke-45 pada skala keraguan vaksin. Sekitar 11% rakyat AS tidak percaya bahawa vaksin adalah selamat, dan 16% lagi tidak mempunyai pendapat tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Di samping itu, Bangladesh adalah negara yang paling pro-vaksin, dengan hampir 98% orang mengatakan bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan, diikuti oleh Rwanda.

vaksin di bangladesh

Rakyat Rwanda juga mempercayai sistem penjagaan kesihatan mereka lebih daripada negara lain, dengan 97% memberikan respon positif, berbanding dengan purata global sebanyak 76%.

Ketua penglibatan awam Wellcome Trust iaitu Imran Khan memberitahu agensi berita AFP bahawa "kesan puas hati" mungkin bertanggungjawab dalam mengurangkan kepercayaan negara-negara kaya terhadap vaksin, berbanding dengan kawasan kurang bernasib yang tidak mengalami akses kepada vaksin.

"Jika anda melihat negara-negara dalam tinjauan kami yang mempunyai keyakinan yang sangat tinggi terhadap vaksin, seperti Bangladesh dan Mesir, ini adalah kawasan di mana berlakunya lebih banyak penyakit berjangkit. Mungkin apa yang anda lihat adalah orang di negara-negara tersebut dapat melihat apa yang berlaku jika anda mereka tidak memvaksin," Imran Khan. 

Rujukan:

1. Market Watch

2. WHO

3. Mayo



Hakcipta iluminasi.com (2017)