Oleh pada 11 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   
Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menampilkan sebanyak 21 kategori membabitkan 105 calon yang disenarai pendek.
  
Penjurian dilakukan oleh panel penggiat seni disegani yang terdiri daripada 113 orang kesemuanya.
  
Setiap kategori dinilai oleh antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing. Dikemudi oleh Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, panel juri edisi kali ini disertai oleh Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, LY, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.
  
Keputusan itu telah diaudit oleh firma pengauditan, Mazars dan proses pengadilan ditadbir oleh pihak ketiga yang bebas, Macomm Management Services Sdn. Bhd.
  
Tahun ini AIM 23 menemui penonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada 11 September 2022, pukul 9 malam. Sebagai alternatif, pelanggan Astro juga berpeluang tonton secara online menerusi aplikasi Astro GO atau platform On Demand.
  
AIM 23 yang menampilkan tema Glam & Sophisticated membawa gandingan tiga pengacara terkemuka tanah air iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin.
  
Berikut adalah senarai pemenang yang mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan:- 
  

Kredit foto: Instagram Keanu Azman

  

Senarai Keputusan Pemenang Kategori Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) 2022

     

1. LAGU NASYID TERBAIK - Thank You Allah - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
  
2. LAGU POP ETNIK TERBAIK - Adat Kasih - Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)
  
3. ARTIS BARU TERBAIK - Vanessa Reynauld – Buat Ku Sempurna
  
4. KULIT SINGLE / ALBUM TERBAIK - Adat Kasih - Ziha Salleh (Patrick Leong Kok Soong)
  
5. LAGU PALING TINGGI DISTRIM - Lotus - ForceParkBois
  
6. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM / DRAMA - Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)
  
7. VIDEO MUZIK TERBAIK - Gatal - Janna Nick (Chuan Looi)
  
8. RAKAMAN ALBUM TERBAIK - Belagu - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
  
9. RAKAMAN LAGU TERBAIK - Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)
  
10. SUSUNAN TERBAIK DALAM LAGU - Tudung Periuk - Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito)
  
11. LAGU R&B / HIP HOP TERBAIK - CIAO - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
  
12. LAGU POP ELEKTRONIK / DANCE TERBAIK - Fun, Lust, Love - Late Night Frequency (Mojan LNF)
  
13. VIDEO MUZIK RASMI MALAYSIA PALING TINGGI DITONTON DI YOUTUBE - Malam Semakin Dingin - Tajul & Afieq Shazwan (FMC Music Sdn Bhd)
  
14. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI - Adakah Ini Mimpi (Reedzwann)
  
15. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK - Game of Charades - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)
  
16. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK - Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah (Uriah, Jia Wang / Hong Jian Rui)
  
17. LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA - Tak Ingin Usai - Keisya Levronka
  
18. LAGU ROCK TERBAIK - Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila (Nazrin / Ajim Juxta)
  
19. LAGU POP TERBAIK - Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
  
20. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN) - V.E – Tunggu
  
21. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU - Shila Amzah & Liza Hanim – Bahagiakan Dia
  
22. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) - Arddley Nicholas – Pilu
  
23. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) - Ernie Zakri – Sinar Mata Hati
  
24. ANUGERAH SRI WIRAMA - Tan Su Loke (Pengarah Urusan Suria Records Sdn Bhd)
  
25. ALBUM TERBAIK - Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii (Wolfy)
  
26. LAGU TERBAIK - Goodbye, Hello - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
    
  

Senarai Penyampai Trofi

Dato' M. Nasir, Ziana Zain, Syamsul Yusof, Dato' Adi Putra, Jaclyn Victor, Wany Hasrita, Khai Bahar, Noryn Aziz, Mawi, Shahir, Reshmonu, DJ Fuzz, Ferhad, Edrie Hashim, Haniff Hamzah, Pat (Candy) dan Sasi The Don.
  

Senarai Penyanyi Yang Membuat Persembahan

Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Liza Hanim, Aina Abdul, Nikki Palikat, Marsha Milan, Amir Masdi, De Fam, Naufal Azrin & Nuha Bahrin, Kaka Azraff, Vanessa Reynauld, Janna Nick, Insomniacks, Ahmad Syafiq, Aufahanie, Iss Arffan, Keisya Levronka dan Rian Shain.
  
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)