Oleh pada 04 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Official AIM

Anugerah Industri Muzik Ke 22 (AIM22) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 18 Disember 2016, merupakan acara muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Dihoskan oleh Harith Iskander dan Adibah Noor, 24 trofi kategori dipertandingkan yang turut merangkumi lima kategori baharu iaitu Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube, Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Pilihan Malaysia.

Penganjuran edisi yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria itu menyaksikan lebih 731 pencalonan diterima penganjur yang dianggap memberangsangkan berbanding AIM 21 dengan hanya 610 pencalonan.

Ia melibatkan kriteria yang ditetapkan iaitu mana-mana album dan 'single' yang dikeluarkan di Malaysia bermula 1 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2016.

Macomm Management Services bertanggungjawab menguruskan proses penjurian, iaitu sebuah syarikat pengurusan bebas yang berpengalaman luas mengendalikan proses penjurian acara-acara anugerah berprestij dalam bidang pengiklanan dan media.

Pemarkahan juri diaudit oleh juruaudit bertauliah, MAZARS. Komposer dan penerbit yang tidak asing, Aubrey Suwito mengemudi panel juri AIM 22 sebagai Ketua Juri, dan beliau dibantu oleh penggiat seni muzik yang disegani seperti AD Samad, Azmeer, Dato’ Johari Salleh, Dato’ M. Nasir, Fauzi Marzuki, Greg Henderson, Helen Yap, Illegal, Joe Wings, Johari Teh, LY, Pacai, Sharon Paul, Syafinaz Selamat, Taja dan ramai lagi.

Selebriti terkemuka tanah air yang menyampaikan trofi piala ialah Dato’ M. Nasir, Dato' Sri Mohamad Suparani, Datin Sri Norasyikin, Siti Nordiana, Hafiz Suip, Azharina Azhar, Siti Sarah Raisuddin, Chakra Khan, Amyra Rosli, Amar Baharin, Kumpulan Estranged, Dina Nadzir, Fad Bocey, Darren Choy, Rosmin Hashim, Azlin Reza Azmi, Nurliza Firzanah. Forteen dan Zarul Umbrella.

Selain itu, penonton turut menyaksikan persembahan istimewa oleh barisan penyanyi jemputan terdiri daripada Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Yuna, Rabbani, Ameng, Akim & The Majistret, Projector Band, SonaOne, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Alyssa Derzek, Hazama, Syamsul Yusof, Khalifah. Sakura Band, Daly Filsuf dan Amira Drummer.

aim 120

Kredit foto: Instagram Official AIM

Senarai Calon Top 5 Dan Pemenang Kategori Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) 2016

Album Terbaik

PEMENANG - Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged - Dato' Siti Nurhaliza

Patriot - Akim & The Majistret

Nada - MOJO

Sepenuhnya Vol. 1 - Estranged

Black...Masih Di Sini - Black Hanifah

Lagu Terbaik

PEMENANG - Sejati - Faizal Tahir

Joget Sulam Sakti - Reena Nicky

Mikraj Cinta - Dato' Siti Nurhaliza

Mata Hati - Azlan & The Typewriter

Janji - Altimet & Takahara Suiko

Firefly - SonaOne

Artis Baru

PEMENANG - Syamel

Bella Nazari

De Fam

Lyia Meta

Projector Band

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki)

PEMENANG - Akim Ahmad (Akim & The Majistret) - Potret

Faizal Tahir - Sejati

Hazama - Sampai Mati

Hazami - Cintai Dia

Lah Ahmad - Syukur

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita)

PEMENANG - Dato' Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi

Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung

Jaclyn Victor - Seindah Mimpi

Najwa Mahiaddin - Guilty Room

Nona - Takkan Biarkan

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu

PEMENANG - De Fam - #SUPERGIRLS

Back2Basixx - Senyuman

NOWSWEETHEART -Selawat Untukmu

The Mikraj - Qod Kafani (Bahasa)

UNIC - Syamail Muhammadiah

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu

PEMENANG - Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya

Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir - Setia

Hunny Madu & Kayda - Go Hard or Gostan

Najwa Mahiaddin ft. Juny - After The Rain

SonaOne ft. Joe Flizzow & Akeem - Go Do That

Kulit Album Terbaik

PEMENANG - Bahtera - Sekumpulan Orang Gila (Ajim Juxta)

Puisi Tepi Jalan - Fynn Jamal (Amrul Kareem)

Material - Yuna (Fahim Fazlishah)

Selamat Datang Ke Panggung Suara - Pitahati (Izat Arif & Fairiz)

Penuh Magika - Reena Nicky (Suresh Sammuggam & Nizam Harraz)

Rakaman Album Terbaik

PEMENANG - Panic Bird - Froya (Lee Williams, Paul Morisson, Sel Gana, Drew Adams & Ivan Cheong)

Material - Yuna (Ahmad Huzai)

All of Us - Gabriel Lynch (Paul Morisson, Sel Gana & Lee Williams)

Duel Citizenship - Q Sound (Paul Morisson)

Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged - Dato' Siti Nurhaliza (Sunil Kumar)

Video Muzik Terbaik

PEMENANG - Not For Sale - Stacy (Casper)

Bukan Hal Aku - Kaka Azraff ft. Sleeq (Ghaz Abu Bakar)

Sampai Mati - Hazama (Indra Putra Jamin)

Who's Gonna Stop Me? - Paperplane Pursuit (Joshua Chay & John Samuel Oommen)

Suatu Pernah - Fynn Jamal (Sharifah Amani)

Lagu Pop Etnik Terbaik

PEMENANG - Joget Sulam Sakti - Reena Nicky

Ingga - Amir Jahari

Kelik La Weii - Man Khan & Aris Kapilla

Mathnawi 1 Mawar - Kopratasa

Sepertinya - Fynn Jamal

Lagu Nasyid Terbaik

PEMENANG - Mikraj Cinta - Dato' Siti Nurhaliza

Cinta Sidna - Suhaimi Saad

Hanya NamaMu - Caliph Buskers

Maulaya - Lah Ahmad

Tangis Sebatang Tamar - Daqmie

Lagu Rock Terbaik

PEMENANG - Mata Hati - Azlan & The Typewriter

Berani Mati - Projek Pistol

Lebih Baik Sendiri - Azlan & The Typewriter

Potret - Akim & The Majistret

Redha Kemenangan - Amy Search ft. Edrie Hashim

Lagu Pop Terbaik

PEMENANG - Sejati - Faizal Tahir

Assalamualaikum - Faizal Tahir

Menatap Dalam Mimpi - Dato' Siti Nurhaliza

Sedetik Lara - Hazama

Hidup Dalam Mati - Syamel (pencalonan digugurkan kerana calon menarik diri)

Lagu Hip Hop Terbaik

PEMENANG - Janji - Altimet & Takahara Suiko

Confirm Ah - SonaOne

Hakeleh - SonaOne

Mengelamun - Lah Ahmad ft. Altimet

Terima Kasih - Salammusik

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

PEMENANG - Firefly - SonaOne

Christmas in the Sun - Elvira Arul

Just Like That - Juwita Suwito

Stargazing - Daiyan Trisha

Wonder - Vince Chong

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

PEMENANG - Menatap Dalam Mimpi - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito)

Christmas in the Sun - Elvira Arul (Aubrey Suwito)

Jaga Dia Untukku - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito)

Hanya NamaMu - Caliph Buskers (Edry Abdul Halim)

Assalamualaikum - Faizal Tahir (Omar K & Ezra Kong)

Anugerah Kembara

Yuna

Anugerah Sri Wirama

Sheila Majid

ANUGERAH KHAS

Jualan Lagu Muat Turun Tertinggi

Potret - Akim & The Majistret

Lagu Strim Paling Tinggi

Sudah Ku Tahu - Projector Band

Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tertinggi

Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir

Video Muzik Malaysia Paling Popular di YouTube

Sudah Ku Tahu - Projector Band

Penyanyi Pilihan Malaysia

Dato' Siti Nurhaliza

Untuk senarai pemenang, senarai penyampai trofi dan penyanyi yang membuat persembahan di AIM 23 (2022), baca artikel berikut: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) 2022

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik 23 (AIM 23) 2022

Kredit video: FULL Anugerah Industri Muzik Ke-19 [Episod Penuh] LIVE




Hakcipta iluminasi.com (2017)