Kereta adalah keperluan buat kebanyakan daripada kita. Tanpa kereta, mobiliti manusia akan sedikit terbantut. Di Malaysia, sekiranya seseorang memiliki sebuah Lamborghini Aventador, dia sudah dilihat sebagai seorang yang hartawan. Namun, jika dibandingkan dengan harga kereta-kereta dalam senarai ini, kereta sport itu hanyalah 'ikan bilis'. 

10. 1965 Shelby Daytona Cobra Coupe ($USD7.68 juta)

BESARKAN TEKS     A-  A+

1965 shelby daytona cobra coupe

Shelby Daytona Cobra Coupe adalah sejenis kereta sport yang mempunyai berat sekitar 1043 kilogram. Kereta ini mempunyai layout FR (enjin hadapan dengan 2 pintu) yang memerlukan badannya untuk berbentuk dua pintu Coupe. Dengan jarak roda 90 inci antara kedua tayar depan dan belakang, spesifikasi dimensi kereta ini memerlukan fokus yang lebih ketika usaha reka bentuk dilakukan, hasilnya adalah sangat menarik dan menakjubkan.

9. 1931 Bugatti Royale Berline ($USD9.7 juta)

1931 bugatti royale berline

Turut dikenali sebagai Bugatti Royale Berline de Voyage, kereta ini adalah sebuah kereta mewah klasik dengan kelasnya yang tersendiri, mempunyai berat sekitar 3000 kilogram. Kereta Bugatti datang dalam tiga jenis bentuk badan, antaranya termasuklah coupe, cabriolet dan roadster. Dengan enjin 12763 cc, kereta ini mampu menghasilkan output sekitar 300 hp (horsepower). Dari segi kapasiti bahan bakar pula, ianya mampu menampung sekitar 12.7 liter cecair itu. Hanya sebanyak 6 buah kereta ini telah dihasilkan pada tahun 1931, dan tiga daripadanya telah dijual kepada pelanggan luar negara. 

8. 1931 Duesenberg Model J Long Wheelbase Coupe ($USD10.34 juta)

1931 duesenberg model j long wheelbase coupe 816

Kereta mewah Duesenberg Model J Long Wheelbase Coupe yang terkenal ini mempunyai berat sekitar 3500 kilogram, dengan kapasiti bahan bakar lebih kurang 6.9 liter. Kereta ini mampu menghasilkan kuasa kuda sekitar 320 hp. Hanya sebanyak 481 buah sahaja yang dihasilkan, di mana 36 unit daripadanya adalah daripada jenis S model, 2 daripada SSJ model, 10 unit setiap satu untuk model JN dan SJN model. 

7. 1961 Ferrari 250 GT SWB ($USD10.9 juta)

1961 ferrari 250 gt swb

Ferrari 250 GT SWB ini adalah antara kereta sport keluaran Ferrari pada tahun 1961. Dengan kapasiti bahan bakar pada 3.0 liter dan pengeluaran kuasa kuda sekitar 276 hp, kereta ini menjadi idaman ramai pada zaman tersebut dengan reka bentuk badan yang sangat mengasyikkan. Namun, kereta ini adalah sangat terhad, kerana hanya sebanyak 55 buah sahaja yang telah dikeluarkan. 

6. 1968 Ford GT40 Gulf/Mirage Coupe ($USD11 juta)

1968 ford gt40 gulf mirage coupe

Dengan seberat 908 kilogram, Ford GT40 Gulf/Mirage Coupe hadir dalam kelas Group 4 dan Group 6 kereta sport. Kereta ini terdiri daripada 2 jenis badan berbeza, iaitu Coupe dan Roadster, dan hanya sebanyak 107 buah kereta daripada kedua jenis ini telah dihasilkan. Dari segi spesifikasi enjin, kereta sport ini terdiri daripada 4181 cc, 4737 cc, 6997 cc dan 4942 cc dengan 4 kelajuan transmisi manual. Dari segi kapasiti bahan bakar pula, ia mampu memuatkan 4.7 liter cecair, dan berupaya menghasilkan kuasa sekitar 250 kW. 

5. 1936 Mercedes 540K ($USD11.7 juta)

1936 mercedes 540k

Turut dikenali sebagai Mercedes Benz 540K, ianya adalah kereta yang agak sasa, dengan berat sekitar 2700 kilogram. Seperti beberapa kereta lain dalam senarai ini, Mercedes 540K mempunyai layout jenis FR. Kereta ini dilengkapi dengan kuasa enjin 5018 cc yang mampu menghasilkan 120 kW output, dan mempunyai kapasiti bahan bakar sekitar 5.018 liter serta mempunyai transmisi manual 4 kelajuan. Kereta ini juga antara yang terhad, dengan pengeluaran sebanyak 342 sahaja, dan 29 daripadanya adalah jenis kereta roadster yang istimewa. 

4. 1931 Bugatti Royale Kellner Coupe ($USD 14.9 juta)

1931 bugatti royale kellner coupe

Bugatti Royale Kellner Coupe yang mempunyai berat sekitar 3175 kilogram, adalah sejenis kereta mewah dan klasik yang sangat unik. Dengan layout FR, badannya adalah daripada jenis coupe. Mempunyai kuasa enjin 12763 cc, kereta ini mampu menghasilkan kuasa kuda antara 275 hingga 300 hp sebagai output, dengan kapasiti bahan bakar sekitar 12.7 L. Seperti 1931 Bugatti Royale Berline, kereta ini sangatlah terhad, dengan hanya pengeluaran sebanyak 6 buah, di mana 3 daripada dijual kepada pelanggan negara asing. 

3. 1957 Ferrari Testa Rossa Prototype ($USD19.39 juta)

1957 ferrari testa rossa prototype

Ferrari Testa Rossa Prototype adalah antara kereta sport lumba paling laju pernah dihasilkan sekitar tahun 1950an. Dengan 2953 cc kuasa enjin, kereta ini berupaya menghasilkan pengeluaran kuasa kuda sekitar 296 hp. Hanya sebanyak 19 buah sahaja yang dihasilkan untuk dijualkan kepada pelanggan, dan beberapa buah lagi dihasilkan untuk kegunaan kilang sebagai kajian penambahbaikan. 

2. 1963 Ferrari 250 GTO ($USD 19.6 juta)

1963 ferrari 250 gto

Ferrari 250 GTO adalah sebuah kereta sport lumba yang bukan sahaja terkenal pada zamannya, malah sehingga ke harini ini. Dengan berat 880 kilogram, kereta ini mempunyai layout FR dengan bentuk badan seperti Berlin Etta. Ferrari 250 GTO mempunyai kapasiti bahan bakar sekitar 3.0 L Tipo dan 4.0 L V12, dengan kuasa kuda lebih kurang 300 hp. Dengan penghasilan sebanyak 36 buah sahaja, hanya 2 buah sahaja yang berjaya dijual, dan salah seorang yang pemiliknya yang bertuah adalah pelakon utama filem Captain America iaitu Chris Evan. Beliau membeli kereta tersebut pada tahun 2010, yakni 47 tahun selepas ia dihasilkan. 

1. 1936 Bugatti Type 57C Atlantic ($USD43.7 juta)

1936 bugatti type 57c atlantic

Bugatti Type 57 datang dalam dua varian, iaitu original Type 57 dan Lowered Type 57S. Kereta paling mahal yang pernah dijual ini mempunyai spesifikasi enjin pada 3257 cc dan mampu menghasilkan kuasa kuda sekitar 135 hp, serta mempunyai kapasiti bahan bakar sekitar 3.3 liter. Antara yang bertuah, yakni mempunyai kemampuan kewangan untuk memiliki kereta ini adalah Ralph Lauren, pemilik syarikat pakaian polo yang terkenal di dunia. Sebanyak 710 buah kereta mewah ini telah dihasilkan, namun tidak dapat dipastikan berapa buah telah berjaya dijual. Dengan harga semahal ini, sudah tentu sukar untuk menjualnya, namun buat peminat tegar yang berkemampuan, ianya bukanlah suatu masalah. 

Jadi, kereta manakah yang menjadi pilihan hati anda?

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. boxymo.ie
  2. en.wikipedia.org
  3. thecoolist.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)