Kereta merupakan salah satu lambang kekayaan dan kemewahan yang biasa dipaparkan oleh manusia.

Kereta yang bernilai jutaan ringgit bukan hanya menjadi satu kenderaan bagi sesetengah orang, tetapi ia menjadi sebuah trofi. Terdapat kereta yang hanya dihasilkan beberapa unit sahaja di dunia, malah ada yang dihasilkan satu unit sahaja untuk individu tertentu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika anda menonton Furious 7, antara kereta-kereta terhebat dan termahal digunakan, yang menambahkan lagi kemegahan dan kehebatan filem tersebut.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 model kereta yang dihasilkan oleh jenama terkemuka yang paling mahal di atas muka bumi.

5. Ferrari Pininfarina Sergio - RM12.84 juta

ferrari sergio

Dengan harga RM12.84 juta, Ferrari Sergio adalah kereta termurah dalam senarai ini, namun kereta ke-5 termahal atas muka bumi.

Walaupun tidak semahal kereta lain, ia merupakan antara kereta yang paling didambakan di dunia kerana hanya dihasilkan sebanyak 6 buah sahaja.

Ferrari Sergio yang dihasilkan oleh syarikat pereka kereta terkemuka Itali, Pininfarina, ia adalah Ferrari model 458 Spider yang diberikan wajah yang baru.

Dengan enjin yang sama iaitu V8 4.5 liter yang menghasilkan 562 kuasa kuda dan lebih pantas serta mudah untuk dikendalikan berbanding 458 Spider kerana ia lebih ringan. 

ferrari sergio 2

ferrari sergio 3

Wajah luaran yang baharu yang lebih aerodinamik juga membuatkan ia lebih sempurna.

Dengan hanya 6 buah sahaja dihasilkan, bukan semua orang yang mampu boleh mendapatkan kereta ini. Hanya mereka yang terpilih, yang dipilih oleh Ferrari sendiri sahaja boleh memilikinya.

4. Bugatti Veyron - RM14.98 juta

bugatti veyron mansory 2

Bugatti Veyron, siapa yang tak kenal. Bukan sahaja antara kereta terpantas di muka bumi, tetapi juga merupakan antara kereta termahal di dunia iaitu berada di kedudukan ke-4 di dunia.

Bugatti Veyron mempunyai edisi khas iaitu Mansory Vivere yang anda sedang lihat sekarang. Harga bagi jentera menakjubkan ini adalah RM14.98 juta.

bugatti veyron mansory 4

bugatti veyron mansory

Bahagian luar badan jentera yang memikat ini diperbuat daripada gentian karbon dan dan dilengkapi dengan lampu LED yang terbaru.

Kereta ini mempunyai enjin W16 8 liter yang mampu menghasilkan 1200 kuasa kuda dan 1106 tork.

Bugatti Veyron 16.4 Mansory Vivere yang merupakan keluaran syarikat kereta Perancis ini mampu mencapai kelajuan 100 km sejam dalam hanya 2.5 saat dan kelajuan maksima mencecah 410 kilometer sejam

3. Lykan Hypersport - RM14.55 juta

lykan hypersport 2

Ramai yang tak mengenali Lykan Hypersport ini sehinggalah ia muncul dalam filem Furious 7. Lykan Hypersport merupakan keluaran syarikat kereta W Motors yang terletak di Dubai, namun berasal dari Beirut, Lubnan.

Kereta yang tersangat seksi ini mempunyai lampu hadapan yang berlapiskan berlian, pintu gunting dan ruangan dalam yang sangat eksklusif.

Tidak ketinggalan prestasi kereta ini bukan calang-calang yang dilengkapi dengan enjin 3.7 liter twin-turbo "flat-six" yang menghasilkan 720 kuasa kuda dan 708 tork.

lykan hypersport

lykan hypersport 4

lykan hypersport 900

(Lykan Hypersport Polis Abu Dhabi)

Dengan enjin yang sebegini hebat, jentera Lykan Hypersport ini mampu mencapai 100km/j dalam hanya 2.8 saat, dan kelajuan maksima mencecah 384 km sejam. Jentera hebat ini berharga RM14.55 juta.

Walaupun ia digunakan terutamanya dalam pemasaran dan tujuan perhubungan awam, namun kereta ini digunakan oleh polis Abu Dhabi yang menggunakannya sebagai kereta peronda.

Memang penduduk di Abu Dhabi perlu fikir dua kali kalau ingin memecut di jalan raya jika ternampak kereta peronda Lykan Hypersport ini.

2. Lamborghini Veneno - RM19.26 juta

lamborghini veneno

Antara jenama kereta yang paling terkenal di dunia, Lamborghini, berada di tangga kedua senarai kereta termahal di dunia.

Mempertaruhkan keluaran Lamborghini Veneno, kereta yang sangat mempersonakan ini dihasilkan bersempena dengan ulangtahun syarikat kereta gergasi Itali itu yang ke-50.

Nama Veneno bermaksud racun dalam bahasa Latin, dan sememangnya sangat sesuai dengan rekabentuknya yang boleh "membunuh" dengan harga RM19.26 juta.

lamborghini veneno 2

lamborghini veneno 3 83

Kereta yang berharga RM19.26 juta ini mempunyai 740 kuasa kuda yang mampu menggerakkan "jentera racun" ini dari keadaan pegun mencapai 100km/j dalam hanya 2.9 saat.

Selain kelihatan seperti sebuah UFO yang berada di atas jalan raya, apa yang menjadikan kereta ini sangat mahal adalah hanya ada 5 buah di atas muka bumi.

2 daripadanya disimpan oleh pihak Lamborghini, 1 digunakan untuk ujian dan 1 lagi untuk pameran. 3 buah lagi menjadi pemilik yang mampu membayar harga kereta yang menggiurkan ini. 

1. Koenigsegg CCXR Trevita - RM20.54 juta

koenigsegg 1

Kereta termahal di dunia 2017 jatuh kepada Konigsegg CCXR Trevita, dengan harga yang memang buat anda ternganga iaitu RM20.54 juta.

Kenapa ia terlalu mahal berbanding dengan kereta-kereta lain? Sebab kereta ini disaluti berlian dan tahu-tahu sajalah kalau ada berlian, semua benda jadi mahal!

Kereta keluaran Sweden ini telah diperbaharui luarannya dengan apa yang dipanggil Koenigsegg Proprietary Diamond Weave.

Teknik ini merangkumi salutan gentian fiber yang mengandungi serbuk berlian. Tak dapat nak dibayangkan berapa kos untuk mengecat dan menyiapkan luaran kereta termahal di dunia ini.

koenigsegg 2

koenigsegg 3

Bukan luaran sahaja yang mahal, kereta ini disempurnakan oleh enjin 4.8 liter dwi-supercharged dengan jumlah maksima kuasa kuda adalah 1,004 dan 797 tork yang sudah pastinya membuatkan kereta ini tak ada masalah untuk memotong kereta anda di jalan raya.

Kereta ini juga tersangat eksklusif, dan hanya ada 3 buah sahaja di atas muka bumi ini.

Sumber : Digital Trends




Hakcipta iluminasi.com (2017)