Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

selepas zizan mohon maaf ini pula kenyataan balas hans isaac

Kredit foto: Yahoo News & budiey.com

Akhirnya aktor Hans Isaac terbuka hati memaafkan pengacara Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29), Zizan Razak.

Menurut Hans, dia telahpun berbincang dengan Zizan dan bersetuju untuk melupakan kesalahan pelawak itu.

Malah aktor berusia 46 tahun itu juga bersedia untuk meleraikan peristiwa pahit yang terjadi pada malam FFM29 dan fokus kepada kehidupannya pada masa hadapan.

"Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia.

"Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih," katanya memetik laporan Mstar Online.

Tambah Hans, dia berharap dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu dapat menghentikan perbalahan dan kata-kata kasar netizen yang ditinggalkan di ruangan komen laman sosialnya.

Hans mahu para peminatnya dan Zizan memupuk sikap hormat-menghormati sesama sendiri.

Malah hal itu turut ditegaskan dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya di mana pelakon itu membuat pengakuan bahawa antara dirinya dan Zizan sudah tidak mempunyai isu.

"Saya rasa kita patut hormat satu sama lain. Ini ialah adat kita. Ada kata-kata agak kasar dalam Instagram saya.

"Kepada dua pihak, peminat saya dan Zizan, Hormati satu sama lain. Jangan guna kata-kata kasar.

"Maaf satu sama lain. Antara kami sudah berbincang dan anda semua pun kena selesaikan," jelasnya.

Sebelum ini, Hans melahirkan rasa terkilan dengan gurauan kasar Zizan pada malam FFM29 yang menyindir secara sinis gelaran Datuk yang diperolehnya.

Zizan secara berseloroh mendakwa gelaran itu dibeli oleh aktor berkenaan.

Malah Datuk Eizlan Yusof juga turut menjadi mangsa usikan nakalnya.

Pun begitu Zizan telahpun membuat kenyataan maaf dan mengakui keterlanjuran tersebut.

Sumber asal: Mstar

tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)