Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Sebelum ini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ada mengeluarkan kenyataan meminta agar kemasukan selebriti Singapura yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Najip Ali disekat ke Malaysia.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat tentangan beberapa rakan artis termasuk pengacara Aznil Nawawi dan pelawak Afdlin Shauki - malah Zed turut digelarkan sebagai 'batu api' dalam isu tersebut.

Terbaru, penyanyi lagu-lagu kerohanian, Hafiz Hamidun pula tampil memberi respon kepada twit panas Zed. 

Ini kata Zed dalam twit terdahulu:

Saya rasa tiba masanya mengkaji balik kemasukan artis luar terutama artis Singapura ke Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro @jamawijaafar

Sumber: Twitter Zed Zaidi

Menurut Hafiz dalam responnya, Zed sewajarnya tidak memanjang-manjangkan isu tersebut kerana daripada pihak Najip sendiri telah membuat permohonan maaf seperti yang dituntut. 

Ini kenyataan Hafiz yang diringkaskan dalam twitnya: 

hafiz hamidun respon kenyataan zed zaidi 2

Kredit foto: Media Hiburan

Tak payahlah busuk hati bro. Orang dah minta maaf pun. Sudah-sudahlah.

Sumber: Twitter Hafiz Hamidun 

Terdahulu selebriti Singapura, Najip Ali mencetuskan kontroversi apabila didakwa mempersenda Perdana Menteri, Najib Razak menerusi sebuah segmen dalam rancangan tv Singapura, OK Chope. Meskipun telah membuat kenyataan maaf, Zed Zaidi menolak permohonan maaf tersebut dan mengharapkan kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap Najip.




Hakcipta iluminasi.com (2017)