Oleh pada 03 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie

    

Giliran pelakon Zarina Anjoulie Lavocah pula membuat laporan polis terhadap tiga orang pelakon selepas diaibkan dalam kumpulan aplikasi Telegram dan media sosial.

Difahamkan tiga selebriti itu juga merupakan ahli dalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Zarina berkata, ia adalah langkah awal sebelum beliau mengemukakan saman malu selepas ini.

"Saya tak boleh nak kongsikan nama mereka, tetapi ia terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita. Mereka memfitnah saya dalam Telegram dan memburukkan saya.

"Sebelum saya nak teruskan dengan saman malu, saya kena buat laporan polis terlebih dahulu," katanya kepada portal Harian Metro.

Biarpun begitu, Zarina berkata, salah seorang daripada individu berkenaan mendakwa kononnya difitnah, lantas menyangkal pembabitannya dalam Telegram berkenaan.

      

Baca: Biodata Pelakon Zarina Anjoulie

    

zarina anjoulie 885

Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie

    

"Saya ada bukti kukuh mengenai kewujudan Telegram itu dan saya dah rakamkan keseluruhan perbualan mereka.

"Kalau gambar, mungkin ada yang mengatakan ia boleh disunting. Tapi, saya rakam dalam bentuk rakaman layar dan itu adalah asli," tegasnya.

Dalam pada itu, Zarina meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang membuat laporan polis terhadapnya walhal pandangan yang dikongsikan sebelum ini setara dengan apa yang disuarakan beberapa penggiat seni lain seperti sutradara Mamat Khalid dan pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim.

"Adakah mereka tak berani nak ambil tindakan terhadap Abang Mamat dan Datuk Rizalman sebab tak dapat 'job' berlakon dan tajaan pakaian selepas ini? Saya dah tahu sangat dah perangai mereka," cetusnya.

Diajukan pertanyaan sama ada beliau ada menerima panggilan peribadi daripada selebriti yang dimaksudkan untuk berbincang secara tertutup, kata Zarina:

"Setakat ini, tak ada lagi antara mereka yang menghubungi saya. Yang ada pun, anak kepada pelakon Didie Alias yang menghubungi saya menerusi mesej dan memohon maaf bagi pihak ibunya," katanya.

Perkara ini turut didedahkan Zarina dalam video terbaharu di IGTV Instagramnya.

    

Sumber berita: Zarina pula lapor polis

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)