Oleh pada 09 Apr 2017 kategori

aznil selar si batu api 1

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

Isu selebriti Singapura, Najip Ali yang didakwa mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak nampaknya masih belum berkesudahan, malah dilihat bertambah hangat apabila ada pihak yang masih belum berpuas hati dan membuat laporan polis. 

Terdahulu, Najip membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh pihak tersebut, bagaimanapun permohonan maafnya ditolak. 

Susulan itu pengacara terkenal Malaysia, Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil baru-baru ini telah terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya berkenaan isu tersebut. 

Dalam kenyataan Pak Nil, beliau melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak yang digelarkannya sebagai 'batu api'. 

Siapa yang dimaksudkan Pak Nil ni?

aznil selar si batu api 2

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

Salam semua. Malam ini bermula perjalanan #Paknil sebagai juri di Maharaja Lawak Mega. Tawaran diberi 2 hari lepas ketika Paknil berada di London atas urusan kerja. Paknil baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA dan harus bergegas ke Shah Alam untuk siaran Langsung MLM. Sebagai seorang yang profesional, Paknil menerima tawaran itu untuk memastikan MLM berjalan lancar. Paknil tahu tugas Paknil adalah untuk menggantikan Najip Ali, yg juga sahabat Paknil dari Singapura. Tiada isu kualiti penjurian, sebab Paknil akan lakukan mengikut kayu ukur yang berbeza. Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip. Sebagai sahabat, anggaplah Paknil menggantikan keceriaan Najip. Lagi pun Paknil sendiri mempunyai peminat yang ramai di Singapura dan diharap kehadiran Paknil menjadi ubat luka warga di sana. Anggaplah kehadiran Paknil sebagai penambat kasih sayang hubungan dua rumpun yang kini diuji. Saya yakin peminat bijak untuk tidak membandingkan saya dengan Najip sebab kami mempunyai kualiti yang tersendiri dan berbeza. Ayuh lupakan episod yang telah berlaku dan kita raikan permulaan baru pada apa yang berlaku. To Najip Ali, stay cool as you have always been. Yang tukang bakar, sila bakar diri sendiri. 

aznil selar si batu api 3
Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi 

tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)