Kredit foto: izyan.com

Pasangan penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa Sofia telah berbulan madu di Taipei baru-baru ini sambil menjayakan rakaman sebuah program terbitan Astro, Romantika.

Menerusi akaun Instagram rasminya, Hafiz telah berkongsi beberapa foto saat-saat manis mereka sepanjang berada di sana menggunakan hastag #HJTaipei.

Untuk info, finalis Gema Gegar Vaganza yang sedang ditayangkan di saluran Astro Oasis itu mendirikan rumah tangga dengan Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Kredit foto: Instagram @hafizhamidun




Hakcipta iluminasi.com (2017)