Baru-baru ini, penyanyi Hafiz Hamidun telah selamat bertunang dengan Joy Revfa Sofia, seorang ibu tunggal yang juga merupakan pengasas MERVE Group Holdings Berhad.

Dalam majlis serba ringkas yang diadakan di The Venue Shah Alam itu, ibu Hafiz, Laila Sarji telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy Revfa.

Saya kenal dia selama empat minggu. Dalam tempoh itu, hampir setiap hari kami berhubung melalui telefon dan Whatsapp namun hanya empat kali berjumpa.


Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, saya yakin Joy adalah wanita yang sesuai sebagai suri hati. Dia mempunyai aura sebagai wanita yang tabah.

Pada majlis itu, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan sebanyak lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Kedua-dua pasangan dilihat serasi mengenakan busana sedondon berwarna peach.

majlis pertunangan hafiz hamidun joy revfa 1

majlis pertunangan hafiz hamidun joy revfa 2

majlis pertunangan hafiz hamidun joy revfa 3

majlis pertunangan hafiz hamidun joy revfa 4

majlis pertunangan hafiz hamidun joy revfa 5

Sebelum ini, Joy Revfa pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus (3 tahun).

Untuk makluman, Hafiz dan Joy Revfa bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kredit foto: Instagram @hafizhamidun, Instagram Joy Revfa Sofia, Instagram @arteffectsint & Instagram @aziegraphy

Sumber berita: mStar Online & Myartis




Hakcipta iluminasi.com (2017)