selepas menang ini perkara paling diinginkan idayu

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Penyanyi Idayu memberitahu dia bakal menunaikan beberapa impiannya dalam bidang seni yang terpendam sejak 12 tahun lalu.

Kata Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu Yaakob, gelaran juara AF Megastar yang baru diraih akan menjadi pembakar semangat untuknya bekerja lebih keras dalam bidang nyanyian.

"Selepas ini, saya akan seberapa yang pantas kembali aktif sebagai penyanyi dan tidak mahu menghampakan peminat saya yang sudah mula menghargai bakat saya.

"Saya mahu tunaikan beberapa impian saya yang saya pendam selama 12 tahun lalu.

"Saya tidak akan buang masa dan akan segera proses dengan album terbaharu saya serta terus aktif di kaca televisyen.

"Perkara paling saya idamkan juga saya mahu lagu nyanyian saya dimainkan di radio yang mana saya pasti setiap penyanyi mengimpikan perkara yang sama.

"Saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada dan akan teruskan impian saya untuk menjadi penyanyi," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Idayu membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Konsert AF Megastar Akhir yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam pada Ahad.

Pada malam kemuncak itu, penyanyi berkenaan mengenepikan empat saingannya yang lain iaitu Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Dalam pada itu, Idayu berkata, dia masih belum mempunyai perancangan masa depan dalam kerjayanya selain mengakui lebih selesa diuruskan suaminya sendiri.

Bagaimanapun dia bakal mempertimbangkan tawaran yang diterima daripada beberapa syarikat rakaman.

"Saya akui memang banyak syarikat pengurusan yang datang dan menawarkan diri untuk menguruskan kerjaya saya.

"Tetapi saya masih belum memikirkannya lagi kerana selama ini saya selesa bergerak dan diuruskan suami.

"Apa-apa pun kami akan memikirkannya nanti," jelasnya.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)