Kredit foto: Astro Gempak

Dalam diam, rupanya juara AF Megastar, penyanyi Idayu mempunyai bakat 'meniru' vokal para selebriti.

Idayu menyerlahkan kebolehannya itu menerusi video nyanyian yang dimuatnaik di laman Youtube.

Nama-nama terkenal seperti Mariah Carey, Michael Jackson, Noraniza Idris dan Rahmat Ekamatra 'diajuk' oleh pemilik nama penuh Nur Farah Idayu Yaakob ini dengan gaya nyanyian yang sungguh mengagumkan.

Sehingga kini, video yang diberi judul 'Viral Idayu Mimic Stars - Part 1' itu berjaya menarik perhatian ramai yang rata-ratanya terkejut menyaksikan keupayaan bintang lepasan Seni Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini.

Paling memikat pastinya gaya nyanyian Idayu ketika meniru vokal penyanyi lelaki lagenda iaitu Michael Jackson dan Rahmat Ekamatra.

"Kasi trending wei. Aku suka bahagian Rahmat Ekamatra.

"Sangat berbakat! Suka bahagian Noraniza Idris dan Rahmat Ekamatra. Mariah Carey tu tak boleh disangkal lagi, memang makanan Idayu. Jom tularkan video ini," tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan album terkini bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga ini.

"Dahsyat! Mohon buat album jangan sia-siakan bakat. Gunakan komposer yang hebat," komen Tarsh Nufaeel.




Hakcipta iluminasi.com (2017)