Oleh pada 01 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Dr Maszlee Malik

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan bahawa dianggarkan seramai 433,000 nama peminjam ingkar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Menurutnya, proses pemutihan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dari 24 Mei hingga 15 Jun.

Jelasnya, terdapat lebih sejuta peminjam telah disenarai hitam sejak tahun 2000. Namun, seramai 655,000 orang telah membuat bayaran dan dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa terdahulu.

Mengulas lanjut tentang janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, Dr. Maszlee berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa lagi bagi mencari mekanisme terbaik.

Beliau ditemui pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rasmi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di Putrajaya, semalam.

Sementara urusan pemutihan tamat, peminjam yang mahu ke luar negara sebelum 15 Jun 2018 boleh berurusan dengan mengunjungi mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran.

Anda juga boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 atau talian KLIA2 di 017-249 3000/017-276 3000/017-285 3000.

Sumber:

1. Facebook Channel W

2. Facebook Front Desk [1, 2]

3. Facebook BNBBC

4. Facebook Malaysiakini

5. Facebook Buletin TV3 [1, 2]

6. Instagram PTPTN

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)