Oleh pada 28 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @sarahhildebrand & Instagram @nabilmahir

    

Semalam, pelakon Sarah Hildebrand menerusi laman Instagram, mengakui dirinya berdepan pelbagai tuduhan daripada bekas kekasih hingga terpaksa membuat keputusan untuk berpisah.

Meskipun tidak mendedahkan nama teman lelaki yang dimaksudkan itu, rata-rata netizen mengandaikan jejaka terbabit adalah pengacara Nabil Mahir.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila Sarah mengatakan dirinya turut dituduh melakukan perbuatan terkutuk dengan pengurusnya. 

    

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 3

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 4

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 5

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 6

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 7

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 8

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 9

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 10

Kredit foto: Instagram @sarahhildebrand

     

Kepada portal Mstar, Sarah tampil dengan ulasan lanjut. Ini kenyataannya:

    

selepas dakwa dibuli bekas kekasih ini pula kenyataan sarah hildebrand kepada media 2

Kredit foto: Instagram @sarahhildebrand

    

"Saya terima banyak mesej daripada wanita dan lelaki yang ada masalah dengan hubungan dan saya tahu tidak ramai antara kita yang mahu bercakap mengenai perkara itu secara terbuka.

"Saya mahu membantu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi sama, yang tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi atau terlalu takut untuk bersuara, walaupun saya perlu berkongsi kisah peribadi dan pengalaman sendiri".

Mendakwa dirinya dituduh membuat perkara terkutuk dengan pengurus, ini luahan Sarah:

"Maaf, saya bukan pelacur. Saya akan pastikan wang yang diterima daripada sumber yang halal.

"Saya bukan sahaja menjaga diri sendiri tapi saya jaga ibu tunggal, ibu saya. Saya tidak akan biarkan rezeki itu datang daripada duit haram.

"Itu sudah melampau dan saya sudah penat. Kali terakhir kami bertengkar sehinggalah dia suruh saya berambus, dan itulah yang saya lakukan.

"Saya dituduh curang sebab 'saya ada potensi itu' tapi satu hari, kerana Allah itu adil, bekas kekasih mengaku berlaku curang terhadap saya dengan wanita lain.

"Tetapi, saya masih cuba perbaiki hubungan sebab saya bodoh. Saya fikir, saya boleh lupakan dan semuanya akan okey. Tidak, belum berakhir. Perkara itu menghantui pemikiran saya.

"Anda boleh bayangkan selepas disakiti berterusan selama hampir lima tahun, seorang akan penat dengan hubungan itu".

Terdahulu, Sarah dan Nabil mengumumkan perpisahan selepas lima tahun menyulam cinta.

Nabil memberitahu dia telah membeli sebentuk cincin bagi melamar pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebelum mengetahui hubungan mereka kecundang di tengah jalan.

Antara isu yang melanda sepanjang percintaan mereka termasuk tindakan Nabil mencurahkan air daripada botol minuman di kepala Sarah dalam sebuah rakaman video, hingga mencetuskan kemarahan netizen.

    

Sumber berita: Mstar

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)