Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Kredit foto: toptwitter.com

Microsoft Paint sememangnya dikenali ramai untuk tujuan melukis serta penggunaanya yang begitu meluas dalam bidang grafik.

Bagaimanapun selepas perkhidmatan selama 32 tahun, akhirnya anda perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Microsoft Paint kerana ianya bakal dihapuskan.

selamat tinggal microsoft paint akhirnya dihapuskan selepas 32 tahun 2

Kredit foto: mspoweruser.com

Dalam kemaskini pada masa hadapan Windows 10 dilaporkan bakal mempunyai Creators Update dengan pelbagai feature baru, antaranya 3D and 2D image editing.

Tidak ketinggalan, Microsoft turut mendedahkan beberapa ciri-ciri dan perisian yang juga akan ditamatkan dan tidak disambung semula pada Windows 10 Fall Creators Update.

Aplikasi-aplikasi yang tidak lagi disertakan adalah 3D Builder, Outlook Express, Reader App, Reading List, dan ciri ScreenSaver pada Themes.

Sumber: amanz.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)