Ditubuhkan pada tahun 1975 oleh dua rakan karib iaitu Bill Gates dan Paul Allen, kini Microsoft merupakan antara syarikat terbesar di dunia dengan aset sebanyak RM935 bilion pada tahun 2018. 

Sehingga tahun 2016, Microsoft adalah syarikat perisian komputer terbesar di dunia dari segi pendapatan dan salah sebuah syarikat paling bernilai di dunia. iluminasi.com ingin kongsikan 15 fakta menarik mengenai Microsoft.

BESARKAN TEKS     A-  A+

fakta dan sejarah menarik mengenai microsoft 2

1. Dianggarkan sebanyak 12 ribu kakitangan Microsoft telah bergelar jutawaan, dan 3 daripada mereka bergelar bilioinare.

2. Pada satu ketika, Microsoft mempertimbangkan dengan serius untuk membeli syarikat Sega GAmes. Namun, itu sebelum Xbox menjadi satu kejayaa besar.

3. Dalam tahun pertama beroperasi, pendapatan Microsoft hanyalah sebanyak RM62,000. Ini menunjukkan kejayaan bukanlah datang dalam masa semalaman. Fokus kepada apa yang ia mampu jadi, dan tidak kepada apa yang berlaku sekarang.

fakta dan sejarah menarik mengenai microsoft 3

4. Sebagai syarikat gergasi yang mengaut keuntungan beratus bilion ringgit setiap tahun, Microsoft juga tidak terkecuali dalam mengalami kerugian. Ia mencatatkan kerugian suku tahun buat kali pertama pada julai 2012.

5. Ia adalah perkara biasa bagi mana-mana sebuah syarikat untuk memfailkan paten idea atau produk mereka. Namun bagi Microsoft, mereka memfailkan kira-kira 3 ribu patent produk setiap tahun. Ia seperti Thomas Edison adalah sebuah syarikat.

fakta dan sejarah menarik mengenai microsoft 4

6. Pada tahun 1987, Bill Gates merupakan manusia termuda memperoleh 1 billion USD. ketika itu beliau hanya berusia 31 tahun, dan ia merupakan kejayaan yang sngat besar untuk memperoleh nilai sebegitu tinggi pada tahun 1980an.

7. Dan setahun kemudian pada tahun 1988, Bill Gates membeli sebuah rumah dengan harga RM7.5 juta. Dan ketika ini rumah yang sama bernilai lebih RM446 juta.

8. Microsoft membantu Apple membangunkan komputer mereka. Namun ia berubah apabila Microsft membuat keputusan untuk menghasilkan dan menjual komputer dengan jenama sendiri. Hubungan kedua-dua syarikat gergasi ini bertambah tegang apabila Microsoft mula menjual komputer mereka dengan harga lebih murah daripada Apple.

fakta dan sejarah menarik mengenai microsoft 5

fakta dan sejarah menarik mengenai microsoft 7

9. Nama microsoft diperoleh daripada gabungan 2 perkataan iaitu "microcomputer" dan "software". Ia disebabkan oleh Micrsoft adalah syarikat pertama yang mengeluarkan perisian seccara besar-besaran untuk mikrokomputrer.

10. Microsoft sangat terhutang budi kepada Excel. Ia merupakan program pertama mereka yang menaikkan nama Microsoft. Pada satu ketika dahulu, spreadsheet memakan masa untuk dilakukan membuatkan orang mencari jalan pintas. Microsoft berkembang melalui satu program ini sahaja.

11. Pada tahun 2006, Microsoft mempunyai peluang untuk membeli Youtube dengan harga RM1.94 bilion sahaja, namun ketika itu mereka beranggapan ia tidak begitu bernilai. Kini, Youtube mempunyai nilai di antara RM97 bilion hingga RM155 bilion. Satu kesilapan besar oleh Microsoft.

fakta dan sejarah menarik mengenai microsoft 6

12. Penyelidik-penyelidik beranggapan bahawa Bill Gates adalah seorang yang genius.

13. Dengan menghasilkan Xbox pada tahun 2001, Microsoft menjadi syarikat Amerika pertama yang menghasilkan konsol permainan sejak Atari ditutup pada tahun 1996.

14. Microsoft melancarkan tablet mereka pada tahun 2001, jauh lebih lama sebelum Apple melancarkannya. Ia tidak berjaya pada ketika itu.

bill gates muda 694

15. Microsoft tidak menjual perisian komputer. Ia diberikan secara percuma dan memerlukan orang untuk membayar lesen jika mahu menggunakannya. Ia merupakan model bisnes yang tersangat efektif.




Hakcipta iluminasi.com (2017)