Rata-rata daripada kita yang pandai menggunakan komputer sudah pasti pernah menggunakan Microsoft Excel. Microsoft Excel merupakan salah satu produk dibawah jenama Microsoft Office selain Microsft Wrds dan Microsoft Powerpoint.

Microsoft Excel merupakan salah satu perisian yang sangat berkuasa dan digunakan secara meluas di kebanyakan syarikat terutamanya untuk tujuan pengiraan data dan penyimpanan maklumat. Walaupun kebanyakan orang menulis mereka mempunyai kebolehan menggunakan Excel dengan baik, ianya hanyalah pengakuan di atas kertas semata-mata. Sebenarnya banyak lagi fungsi Excel yang kebanyakan kita tidak tahu dan tidak pernah gunakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

microsoft excel

Pertandingan Microsoft Excel

Tahukah anda, setiap tahun akan diadakan pertandingan untuk mencari siapakah yang paling pakar menggunakan Microsoft Excel. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Certiport dan pertandingan ini telah dianjurkan sejak 2001. Pada tahun ini, seorang pemuda berusia 17 tahun bernama John Dumoulin daripada Virginia, Amerika Syarikat telah diumumkan sebagai pemenang peringkat antarabangsa.

Ini merupakan kali pertama seorang warga negara Amerika Syarikat berjaya memenangi pertandingan ini. Beliau telah memperoleh $7000 hasil kemennagannya iu. Pertandingan itu telah menarik 560 000 penyertaan daripada seluruh dunia.

juara pertanding excel

Pertandingan ini dimulakan dengan dengan pemilihan peringkat kawasan dan kebangsaan sebelum 157 layak ke peringkat antarabangsa yang diadakah di Anaheim. Pada peringkat akhir, para peserta yang berumur antara 13 dan 22 tahun telah diberikan beberapa set soalan yang perlu diselesaikan.

Peserta yang berjaya menyiapkan soalan menggunakan Excel paling tepat dan pantas dikira sebagai pemenang. 

Dumoulin mula berminat dengan Excel ketika di sekolah menengah di mana beliau menggunakannya untuk projek sains di sekolah selain untuk mengetahui statistik permainan baseball pasukan kegemarannya Los Angeles Dodgers dan Washington National.

Kredit: Fortune




Hakcipta iluminasi.com (2017)