Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

rancang kahwin hujung tahun hubungan cinta fathia latiff tidak kesampaian 1

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Masih ingat dengan kenyataan aktres Fathia Latiff sebelum ini yang mengumumkan berita gembira bakal mengakhiri zaman solonya hujung tahun ini.

Terkini, terdengar khabar yang kurang enak apabila Fathia dalam sebuah kenyataan terbarunya mendedahkan hubungan dengan ahli perniagaan tersebut (yang dikenali sebagai A) telahpun berakhir pada bulan lalu.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Apapun, yakinlah pada perancangan yang lebih baik buat Fathia di hadapan sana. 

rancang kahwin hujung tahun hubungan cinta fathia latiff tidak kesampaian 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya hanya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki dan saya masih solo. Selagi saya tidak diijabkabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah. Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik buat diri saya. Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan.

Sumber: Utusan Online

Usia 30 tahun pasti menjadikan Fathia seorang yang lebih cekal dan matang, justeru kami yakin Fathia mampu menangani dugaan ini dengan positif. Yang penting jangan berhenti mencari. Kami doakan Fathia akan bertemu jodoh yang baik pada masa hadapan. 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)