Kerajaan Arab Saudi selaku penjaga dua Tanah Haram telah membuat pengumuman bahawa ibadah Umrah dan Haji tahun ini mungkin terpaksa ditangguhkan. Pengumuman ini dibuat setelah mengambil kira keadaan global semasa yang sedang dilanda pandemik COVID-19.

Bagi yang tidak tahu, ibadah Haji merupakan ibadah wajib bagi orang Islam yang mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali seumur hidup. Pengumuman penangguhan ini semestinya bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan memandangkan ianya juga merupakan antara pendapatan utama kerajaan Arab Saudi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ianya mungkin pilihan terbaik ketika ini. Di Arab Saudi sendiri ketika ini juga terdapat peningkatan kes COVID-19 di kebanyakan tempat. Mengambil kira tempoh masa waktu ini sehinggalah ibadah Haji pada penghujung bulan Julai, kita mungkin kesuntukan masa untuk memastikan wabak ini benar-benar pulih sebelum ketibaan musim Haji.

Dalam sejarah, penangguhan ibadah Haji pernah berlaku beberapa kali atas pelbagai sebab antaranya peperangan, penguasaan Kaabah oleh orang Kafir, wabak penyakit dan sebagainya. Kali ini, kami ingin memfokuskan kepada tahun-tahun dimana ibadah Haji pernah ditangguhkan atas sebab penularan wabak penyakit.

1. 1814

virus kolera

Pada tahun 1814, wabak Taun pernah menyerang wilayah Hijaz. Wabak ini telah menyebabkan kematian kepada kira-kira 8000 penduduk tempatan. Akibatnya, kerajaan pada ketika itu telah mengambil keputusan tidak membenarkan ibadah Haji dilakukan pada waktu tersebut kerana sedar akan risikonya.

Taun atau kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae yang boleh tersebar melalui minuman dan makanan yang tercemar dengan najis daripada orang yang sudah dijangkiti.

Pesakit akan mendapat gejala seperti cirit birit, mual, muntah dan dehidrasi. Dalam keadaan tertentu, penyakit ini boleh menyebabkan kematian akibat mengalami dehidrasi yang teruk.

2. 1831 

chikungunya

17 tahun kemudian, yakni pada tahun 1831, kerajaan Arab Saudi terpaksa membuat sekali tindakan menangguhkan ibadah Haji. Kali ini, ia disebabkan oleh penyakit Chikugunya yang tersebar dalam kalangan manusia akibat jangkitan nyamuk yang dijangkiti virus ini.

Gejala jangkitan yang paling biasa dialami oleh pesakit adalah demam dan sakit sendi. Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami sakit kepala, sakit otot, bengkak sendi atau ruam.

Tidak ada vaksin untuk mencegah atau perubatan untuk merawat jangkitan virus chikungunya. Wabak ini dikatakan berasal dari India dan telah membunuh tiga perempat jemaah yang datang ke Tanah Haram.

3. 1837 - 1840

kaabah 69

Setelah virus Chikugunya menyerang pada tahun 1831, orang Islam sekali lagi terpaksa berdukacita apabila ibadah Haji sekali lagi terpaksa ditunda. Kali ini, selama 3 tahun pula antara tahun 1837 - 1840.

Berdasarkan kajian melalui internet, tidak dapat dipastikan wabak yang menyerang dan sesetengah pihak menganggapnya satu wabak misteri. Menurut kerajaan Arab Saudi, serangan penyakit ini telah membunuh ratusan manusia setiap hari.

4. 1946, 1850, 1865

masjidil haram sunyi 348

Gambar Masjidil Haram yang sunyi akibat penutupan kerana COVID-19

Pada tahun 1948 dan 1850, sekali lagi wabak taun atau kolera telah menyerang ketika musim ibadah Haji sehingga kerajaan Arab Saudi terpaksa menangguhkan ibadah Haji.

Pada tahun 1865 pula, serangan wabak penyakit kolera telah menyebabkan kira-kira kira-kira 15,000 jemaah Haji terkorban. Wabak ini telah menyerang Madinah dan kerajaan Arab Saudi telah mendapatkan bantuan daripada doktor-doktor di Mesir untuk melakukan rawatan terhadap pesakit yang di kuarantin di Madinah dan menghalang kemasukan orang-orang Madinah ke Mekah.

Sejak wabak 1865, pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi telah melakukan persediaan rapi daripada aspek kebersihan sehingga berjaya menghalangnya berulang kembali serangan kolera. Antara usaha yang dilakukan termasuklah peningkatan infrastruktur pengawasan, pengesanan pantas dan kawalan melalui Pusat Perintah dan Kawalan Haji.

proses visa haji 320

Kawalan wabak penyakit berjangkit dan pencegahan wabak di musim Haji telah menjadi keutamaan kerajaan Arab Saudi setiap tahun kerana terdapat penyakit-penyakit yang pernah berulang kali berlaku akibat daripada pelbagai patogen yang berpunca dari negara-negara asal jemaah Haji. 

Menjalani ibadah Haji bersama jutaan manusia daripada seluruh pelusuk dunia mempunyai risiko terhadap kesihatan, terutama sekali apabila anda terpaksa bersama-sama dengan jemaah Haji yang datang dari negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang kurang baik.

Salah satu penyakit berjangkit yang pernah membimbangkan kerajaan Arab Saudi satu ketika dahulu adalah Meningitis yang pernah menyerang pada tahun 1987. Bagi mengelakkan penularannya wabak penyakit dalam kalangan jemaah Haji, maka setiap tahun kerajaan Arab Saudi akan mengeluarkan senarai vaksin yang wajib diambil oleh setiap bakal jemaah Haji sebelum VISA mereka akan diproses dan dibenarkan menunaikan haji.

Kredit:

  1. TRT World
  2. The Conversation
  3. The Lancet



Hakcipta iluminasi.com (2017)