Pernahkah anda tertanya bagaimana sistem perbankan boleh wujud? Yakni, bagaimana idea penubuhan sebuah bank itu boleh muncul?
Artikel ini bertujuan memberi pencerahan ringkas kepada anda sejarah sistem perbankan dari zaman purba hingga hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Sejarah Awal Sistem Perbankan
BESARKAN TEKS A- A+
Sumber Foto: pinterest.com
Sejarah perbankan bermula dengan prototaip bank pertama melalui perdagagangan dunia pada zaman purba, melibatkan pinjaman bijian dan benih kepada petani serta pedagang barangan antara bandar-bandar.
Aktiviti ini bermula sekitar 2000 BC di Assyria dan Babylonia. Tidak lama kemudian, empayar purba Greek dan Roman turut menggunakan kaedah yang sama bagi memudahkah urusan perdagangan dan kewangan.
Peminjam akan bertapak di kuil untuk aktiviti berkenaan. Mereka membuat 2 buah inovasi kepada perbankan awal, dengan menerima deposit dan menukar wang.
Arkaeologi di China dan India membuktikan aktiviti peminjaman wang berlaku sekitar era yang sama seperti di Greek dan Rom.
Menurut seorang ahli falsafah India, Chanakya melalui penulisan beliau iaitu Arthashastra yang ditulis pada kira-kira 300 BC, terdapat kewujudan suatu golongan dalam masyarakat yang menerima deposit, dan memberikan pinjaman dan mengeluarkan surat pemindahan wang.
'The Jain Scriptures' pula ada menyebut tentang nama 2 orang bankers yang membina Dilware Temples di Mount Abu pada tahun 1197 dan 1247.
Sistem Perbankan Menurut Rekod Sejarah Bertulis
Sumber Foto: tapnewswire.com
Aktiviti pinjaman yang dijalankan pada zaman purba berbeza dengan zaman berikutnya. Kebanyakan urusan pinjaman dan perbankan moden dilakukan oleh bangsa Yahudi yang juga tukang emas.
Perniagaan emas memerlukan tukang emas untuk berjaga-jaga dari pencuri dan perompak. Pada zaman dahulu, peniaga-peniaga akan meninggalkan barangan berharga mereka kepada tukang emas untuk jagaan.
Lama-kelamaan, terdapat permintaan yang tinggi daripada peniaga untuk menyimpan lebihan wang tunai dalam simpanan tukang emas.
Selepas amalan ini tersebar meluas, tukang emas mula mengenakan caj bagi menjaga barangan berharga dan wang tunai.
Tambahan pula, perkhidmatan simpanan wang dan barangan berharga ini memudahkan para peniaga kerana tidak perlu bimbang dirompak.
Peniaga yang menyimpan emas dan wang tunai akan diberikan sekeping resit oleh tukang emas sebagai bukti harta simpanan mereka.
Tukang emas pula kemudiannya meminjamkan sebahagian daripada wang yang disimpan dan memperoleh bunga sebagai keuntungan. Selain bunga, mereka juga memberikan insentif kepada para penyimpan.
Di sinilah titik tolak bermulanya bank simpanan atau skim deposit di bank.
Bagi memudahkan urusan perniagaan, para peniaga yang menyimpan wang akan menulis sepucuk surat kepada tukang emas untuk membayar peniaga lain menggunakan duit yang disimpan mereka. Hal ini membawa kepada penciptaan cek.
Medici Bank: Bank Pertama Di Dunia
Sumber Foto: faz.net
Sumber Foto: youtube.com
Medici Bank adalah bank pertama di dunia. Bank ini dikendalikan oleh keluarga Medici yang merupakan salah satu keluarga paling kaya di Itali. Bank ini adalah antara bank yang terbesar dan paling dihormati di Eropah ketika kemuncaknya.
Namun, Medici Bank hanya mampu beroperasi selama 97 tahun sebelum menghentikan operasi pada tahun 1494.
Banca Monte dei Paschi di Siena: Bank Tertua Yang Masih Beroperasi
Sumber Foto: thenational.ae
Bank tertua yang masih beroperasi sehingga kini adalah Banca Monte dei Paschi di Siena. Bank ini terletak di Siena, dan ditubuhkan pada tahun 1472 bertujuan untuk memberi pinjaman kepada fakir miskin.
Pada awalnya, ia dikenali sebagai The Monte di Pietà . 'Monte' membawa maksud longgokan, yang merujuk kepada koleksi wang digunakan untuk aktiviti amal.
Rujukan: