Hampir setiap daripada kita pasti pernah bermain atau melihat permainan papan (board game) yang dikenali sebagai Monopoly. Ianya adalah sebuah permainan yang menguji kepandaian pemaian membeli aset dan harta. Pemain yang mempunyai nilai wang dan aset paling banyak dikira sebagai pemenang.

Di Malaysia, ada juga permainan boardgame dengan konsep yang serupa tetapi dikenali sebagai Jutaria atau Saidina. Cara permainannya juga mirip seperti Monopoly dimana setiap pemain juga berpeluang membina aset (rumah atau hotel) di kawasan (petak) yang sudah dibeli.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, kami ini berkongsi sejarah ringkas permainan Monopoly yang sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1936.

Pencipta Konsep Permainan Monopoly

lizzy magie

Permainan Monopoly ini pada awalnya dikenali sebagai The Landlord Game. Konsep permainan ini dicipta oleh Elizabeth Magie yang berasal dari Amerika Syarikat. Paten konsep permainan ini telah didaftarkan oleh beliau pada tahun 1903.

Berikut adalah lakaran imej paten The Landlord Game yang telah didaftarkan oleh Lizzy Magie dalam simpanan pihak United States Patent and Trademark Office. Sistem permainannya adalah berdasarkan sistem ekonomi pada ketika itu.

paten the landlord game

aten ini telah diiktiraf oleh pihak pendaftar paten pada Januari 1904 (No. Paten: 748,626). Walau bagaimanapun, pada ketika itu permainan ini belum dikomersilkan. Sehinggalah pada tahun 1906, beliau dan beberapa rakannya telah mengambil keputusan untuk mengkomersilkan permainan ini yang diberi nama The Landlord Game.

Seteleh membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan pada permainan ini, beliau kemudiannya memfailkan paten terbaru untuk permainan ini pada tahun 1924 (No. Paten: 1,509,312). Antara penambahan yang dilakukan pada versi baru ini adalah nama jalan/aset dan juga peraturan-peraturan permainan yang lebih tersusun dan jelas.

the landlord and prosperity

Setelah dipatenkan dan dikomersilkan, permainan ini menjadi popular dan mencatatkan jualan yang memberangsangkan selama 3 dekad lamanya.

Kekeliruan Sejarah Pencipta Sebenar Permainan Monopoly

Walaupun Lizzy Magie merupakan pencipta sebenar permainan ini, dalam kebanyakan fakta sejarah mengenai permainan Monopolyn nama beliau tidak dikreditkan sebagai pencipta sebenar permainan ini. Sebaliknya, kebanyakan tulisan sejarah permainan ini mengiktiraf Charles Darrow sebagai pencipta permainan ini. 

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?

Populariti permainan ini mendapat perhatian seorang jurutera yang berasal dari Philadelphia bernama Charles Darrow. Beliau kemudiannya mencuri idea permainan ini dan membuat beberapa penambabaikan seperti penggunaan warna pada kotak dan beberapa perubahan lain. Pada tahun 1933, beliau kemudiannya telah mendaftarkan patennya sendiri dan permainannya ini diberi nama Monopoly.

Penipuan Charles Darrow

Jualan permainan ini terus meningkat dan pada tahun 1934, Charles Darrow telah berjumpa syarikat Parker Brothers dengan tujuan untuk menjual permainan itu. Beliau mendakwa permainan itu adalah ciptaannya. Setelah beberapa siri pertemuan dan mengetahui potensi yang ada pada Monopoly, akhirnya pada awal tahun 1935 Parker Brothers telah bersetuju untuk membeli hakcipta permainan Monopoly daripada Charles Darrow.

paten monopoly

Pada bulan April 1935, pihak Parker Brothers mendapat tahu bahawa Charles Darrow bukanlah pencipta tunggal permainan tersebut. Bagi mengelakkan sebarang komplikasi, pihak Parker Brothers mengambil keputusan untuk membeli hakcipta terhadap paten milik Lizzy Magie dan beberapa lagi permainan yang mempunyai konsep yang hampir sama. Lizzy menerima bayaran sebanyak $500 tetapi tidak menerima sebarang royalti untuk setiap permainan Monopoly yang dijual.

Malang bagi Lizzy kerana walaupun syarikat Parker Brothers membeli patennya, mereka tidak meletakkan namanya sebagai pencipta idea permainan Monopoly sebaliknya mengiktiraf nama Charles Darrow sebagai penciptanya. Sementara itu, Charles Darrow terus kaya dan mendapat jutaan dollar setiap tahun hasil daripada bayaran royalti yang diterimanya untuk setiap permainan Monopoly yang berjaya dijual.

Usaha Untuk Mengiktiraf Lizzy Maggie Sebagai Pencipta Idea Monopoly

Walaupun terdapat beberapa pihak yang berusaha untuk meletakkan nama Lizzy Maggie sebagai pencipta asal permainan Monopoly, usaha tersebut nampaknya tidak berhasil. Syarikat Parker Brothers kini merupakan anak syarikat milik syarikat Hasbro dan dalam website rasmi Hasbro dengan terang menyatakan sejarah Monopoly bermula pada tahun 1935 dan mengiktiraf Charles Darrow sebagai penciptanya.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. HenryGeorge.org
  3. Daily Mail
  4. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)