Sushi merupakan sejenis makanan yang dikenali umum sangat popular di Jepun. Makanan ini juga mempunyai ramai peminat di Malaysia, seterusnya mendorong pembukaan banyak restoran yang menghidangkan sushi antaranya Sushi King, Sushi Zanmai dan banyak lagi.

Walaupun nampak mudah, proses penyediaan sushi bukanlah semudah yang disangka. Untuk menghasilkan sushi yang benar-benar sedap, kualiti ikan, cara penyediaan dan sukatan bahan-bahan perasa yang digunakanlah yang akan menentukan kualiti sesebuah hidangan sushi itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun hidangan sushi begitu popular di seluruh dunia sebagai sejenis makanan dari Jepun, tahukah anda sebenarnya sushi bukanlah berasal dari Jepun. Benar! Malah, pada peringkat awal penciptaan sushi, nasi yang membaluti sushi bukanlah untuk dimakan seperti pada masa kini sebaliknya bertujuan untuk memelihara kesegaran isi ikan di tengahnya sahaja.

Peringkat awal penciptaan sushi

jenis sushi

Terdapat banyak jenis atau kategori sushi antaranya narezushi, oshizushi, funazushi dan banyak lagi. Mengikut sejarah, dikatakan sushi berasal dari penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Mekong seawal abad ketiga lagi.

Pada masa kini, negara-negara ini termasuklan Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja. Sungai Mekong mempunyai sumber ikan yang begitu banyak dan penduduk pada masa tersebut perlu mencari jalan bagi menghalang ikan-ikan yang ditangkap daripada cepat busuk dan rosak.

Penduduk-penduduk tempatan pada masa tersebut juga sudah menanam padi. Oleh itu, bagi memelihara kesegeran ikan ini penduduk tempatan telah mencampurkan garam pada nasi dan membalut ikan-ikan ini dengan nasi ini.

Setelah ikan dibersihkan dan sisiknya dibuang, ia dilapisi garam dan campuran nasi dan diperam dalam tong atau tempayan selama beberapa bulan atau lebih lama untuk memelihara isinya. Sebelum memakan ikan, nasi dibuang kerana terlalu masin untuk dimakan.

Kehadiran sushi di Jepun

narezushi 673

Hidangan tradisional sushi yang dikenali Narezushii

Menjelang abad ke-12, kaedah penapaian ikan ini telah tersebar dari Mekong ke China dan kemudian ke Jepun, di mana ia dipanggil narezushi. Walau bagaimanapun, pada abad ke-16, dalam tempoh Edo (pemerintahan kerajaan feudal tentera Jepun) cuka telah digunakan menggantikan garam yang merupakan langkah utama dalam pembangunan sushi.

Malah, penggunaan cuka menggantikan garam ini juga telah memberikan nama "sushi" kepada makanan ini yang membawa maksud "vinegared rice" atau "nasi yang telah diletak cuka".

Dengan cuka, anda hanya perlu memeram ikan selama beberapa jam atau semalaman, dan perkara ini telah memendekkan waktu ikan boleh dimakan berbanding enam bulan atau setahun semasa penggunaan garam. Malah, penggunaan cuka juga membolehkan saiz hidangan ikan dikecilkan pada abad ke 18 dan 19 daripada seekor ikan kepada hanya beberapa keping isi ikan.

Revolusi hidangan sushi

penyediaan sushi

Kewujudan mesin membuat ais ketika era Meiji di 1900-an turut membawa revolusi kepada sushi. Penggunaan ais membolehkan ikan disimpan segar tanpa perlu diperam dengan nasi dan cuka. Kewujudan mesin ais juga membolehkan ikan dihidang segar, diletakkan nasi dan dimakan bersama dengan nasi.

Sushi yang dimakan bersama nasinya ini juga dikenali sebagai Haya-zushi. Sebelum kewujudan ais, nasi yang digunakan untuk memeram ikan biasanya akan dibuang. Penggunaan cuka atau garam yang diperam bersama dengan nasi ini turut menjadikan isi ikan lebih masin dan sedikit berbau.

Hidangan sushi tradisional yang dikenali sebagai narezushi ini amat sukar ditemui pada masa kini dan boleh ditemui di beberapa restoran di bandar Kyoto. Biasanya narezushi dimakan bersama dengan "sake" iaitu wain beras. Rasa narezushi sangat berbeza dengan sushi yang kita biasa nikmati dan ianya mungkin tidak digemari ramai penggemar hidangan sushi moden.

Kehadiran sushi di negara Barat

perkembangan sushi

Sushi bukan sahaja mempunyai peminat di Malaysia dan negara-negara Asia, sebaliknya di negara Barat ianya juga begitu popular dan sudah lama wujud. Di Amerika Syarikat misalnya, sushi sudah wujud seawal 1900-an lagi berikutan penghijrahan besar-besaran orang Jepun selepas peristiwa Revolusi Meiji yang mengembalikan semula sistem pemerintahan Maharaja Jepun.

Perkembangan sushi di serata dunia juga berlaku seiring dengan perkembangan ekonomi Jepun. Tidak seperti makanan dari China, sushi disebarkan ke Amerika Syarikat oleh golongan imigran kaya dan hanya dinikmati oleh usahawan Jepun yang kaya dan perkara ini menjadikan hidangan ini makanan premum.

Di United Kingdom pula, sushi telah diperkenalkan pada tahun 1953 sewaktu Tengku Mahkota Akihito melawat Permaisuri Elizabeth II sewaktu pertabalannya pada Mei 1953. Pada bulan September 1953, Putera Mahkota Akihito telah menghidangkan sushi di Kedutaan Jepun di Washington.

Sekiranya anda ingin mencuba sushi di Malaysia, bagi yang Muslim disarankan agar memastikan restoran tersebut mempunyai sijil halal. Hal ini kerana anda penyedia makanan sushi yang menyediakan sushi dengan campuran arak yang menjadikan sushi tersebut tidak halal dimakan oleh orang Islam.

Kredit:

Wikipedia

SCMP

BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)