Sekiranya anda pernah menaiki penerbangan antarabangsa Malaysia Airlines pulang ke Malaysia, anda pastinya akan mendengar krew penerbangan memberikan ucapan selamat pulang ke Malaysia sejurus sebelum pendaratan dilakukan. Ianya cukup bermakna terutamanya bagi kita sebagai rakyat Malaysia.

Sejak sekian lamanya, Malaysia Airlines sudah sinonim dengan identiti negara Malaysia. Pada tahun 2014, nama syarikat penerbangan ini tiba-tiba menjadi bualan akhbar seluruh negara susulan kes kehilangan pesawat MH370 dan kemalangan pesawat MH17.

BESARKAN TEKS     A-  A+

syarikat penerbangan malaysia 328 623

Sejak puluhan tahun wujudnya syarikat ini, ianya telah mengalami zaman turun naik. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sejarah panjang penubuhan syarikat penerbangan nasional ini dan kali ini pihak Iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak sejarah penubuhan syarikat ini sejak tahun 1947.

Penubuhan syarikat Malayan Airways Limited

malaysian airways 252

Segalanya bermula pada tahun 1947 apabila syarikat penerbangan Malayan Airways Limited (MAL) ditubuhkan. Ianya merupakan inisiatif bersama beberapa buah syarikat syarikat atau organisasi iaitu Ocean Steamship Company of Liverpool, Straits Steamship of Singapore dan Imperial Airways.

Ketiga-tiga entiti ini telah mencadangkan kepada kerajaan British pada ketika itu untuk menyediakan kemudahan penerbangan pergi dan balik antara Singapura dan Penang. Maka, lahirlah MAL pada tarikh 12 October 1947.

Dalam tempoh 10 tahun sahaja, MAL telah berkembang daripada syarikat penerbangan domestik ke syarikat penerbangan antarabangsa. Selepas tahun 1963 yakni tahun penubuhan Malaysia, namanya telah ditukarkan kepada Malaysian Airways Limited setelah penggabungan dengan Borneo Airways tidak lama kemudiannya. Penggunaan  masih akronim MAL masih dikekalkan.

Perubahan daripada MAL ke MAS

sejarah mas 440

Pada tahun 1965 selepas peristiwa Singapura menarik diri keluar daripada Malaysia, MAL telah menjadi syarikat penerbangan bi-nasional dan namanya telah dijenamakan semula kepada Malaysia-Singapore AIrlines (MSA). Pada tahun 1973, MSA telah dibubarkan apabila kedua-dua negara bersetuju membawa haluan masing-masing.

Oleh itu, Malaysia telah memperkenalkan syarikat Malaysian Airline Limited (sebelum itu Malaysian Airways Limited) sebelum dijenamakan semula kepada Malaysian Airline System atau singkatannya MAS (lebih mudah dikenali sebagai Malaysian AIrlines).

Jatuh bangun MAS

tragedi mh370

Sejak tahun 1973, syarikat ini telah menerima lebih 100 anugerah atau pengiktirafan antarabangsa. Antara anugerah terbaik yang pernah dirangkulnya adalah rating "5-star" daripada Skytrax (2009, 2012 dan 2013) danW pengiktirafan daripada World Travel Awards sebagai 'Asia's Leading Airline' (2010, 2011 dan 2013).

Pada penghujung tahun 90-an, MAS telah mengalami beberapa siri kerugian yang agak besar disebabkan oleh peningkatan kos operasi dan salah urus tadbir pihak atasan dan pengurusan.

Bagi menyelamatkan syarikat ini daripada terus merudum, kerajaan Malaysia akhirnya telah berusaha membantu syarikat ini dengan membeli kembali saham daripada MAS berjumlah RM1.8 bilion menggunakan dana awam pada tahun 2001. Syarikat ini juga pernah disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Menjelang Disember 2013, MAS dilaporkan mencatatkan kerugian RM11.7 bilion. Peningkatan persaingan daripada syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia dan Lion Air telah memburukkan lagi keadaan MAS. Tragedi kehilangan M370 dan kemalangan MH17 pada pada 2014 bukan sahaja melemahkan syarikat ini, malah telah menimbulkan spekulasi bahawa syarikat ini bakal muflis. 

Perubahan daripada MAS kepada MAB

malaysia airlines 854

Sebagai salah satu usaha strategik membangunkan semula syarikat ini, MAS secara rasminya telah dibubarkan pada tahun 2015 dan ditubuhkan semula sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB) pada 31 Ogos 2015.

Khazanah Nasional Berhad selaku pemegang saham utama dalam MAS telah melantik Christopher Mueller (bekas CEO Aer Lingus) untuk mengetuai perubahan ini. Sebagai langkah pestrukturan semula, satu pertiga daripada keseluruhan tenaga kerja MAS telah dikurangkan manakala selebihnya telah diserap semula ke dalam MAB.

Pada masa kini, MAB terus bergerak kukuh dengan menawarkan penerbangan ke 50 destinasi seluruh dunia melalui 300 penerbangan setiap hari. MAB juga kini merupakan sebahagian daripada Malaysia Aviation Group (MAG).

Kredit:

  1. Malaysia Airlines
  2. Wikipedia
  3. Seat Maestro
  4. Poskod.my



Hakcipta iluminasi.com (2017)