Oleh pada 27 Jul 2018 kategori

Walaupun ia merupakan medium pengangkutan yang paling mahal, namun penerbangan sentiasa menjadi pilihan penumpang.

Selain daripada merupakan satu-satunya pengangkutan yang membolehkan kita bergerak jauh, sesetengah syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan yang sangat menakjubkan sehinggakan tidak terasa masa yang panjang berlalu.

Namun, jika anda menaiki pesawat dengan penerbangan tanpa henti yang terpanjang di dunia, kisahnya agak berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 penerbangan tanpa henti paling panjang di dunia.

5. Los Angeles ke Singapura (United Airlines) - 17 jam 5 minit

united airlines penerbangan dari los angeles ke singapura ke 5 terpanjang di dunia

Dengan harga RM2,800, penumpang dari Los Angeles, California boleh terbang secara terus ke Singapura dengan United Airlines.

Namun, terbang dengan United Airlines bukanlah sesuatu yang mudah. Penerbangan secara terus sejauh 14,113 kilometer yang mengambil masa lebih daripada 17 jam adalah yang ke-5 terpanjang di dunia.

United Airlines mempunyai rating yang sangat lemah dalam pelbagai segi, termasuklah kerap menunda penerbangan, penyediaan makanan yang teruk, hiburan yang tak menyeronokkan, servis yang tidak memuaskan dan banyak lagi.

4. Dubai ke Auckland (Emirates) - 17 jam 15 minit

emirates penerbangan dari dubai ke auckland ke 4 terpanjang di dunia

Untuk terbang ke New Zealand yang berada di kawasan terasing bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan tempoh masa yang sangat panjang.

Penerbangan ke-4 paling panjang di dunia adalah dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu ke Auckland, New Zealand iaitu selama 17 jam 5 minit.

Syarikat penerbangan 5 bintang yang berpangkalan di Dubai iaitu Emirates melangsungkan penerbangan secara terus ini setiap hari.

emirates terima anugerah skytrax untuk hiburan tahun demi tahun

Bagi mengelakkan keletihan, pastikan anda berjalan di atas pesawat agar peredaran darah sampai ke bahagian kaki.

Namun, Emirates adalah syarikat penerbangan yang direka untuk membuatkan masa anda berlalu tanpa disedari yang mana telah memenangi anugerah Skytrax bagi kategori hiburan terbaik tahun demi tahun.

Walaupun jarak 14,200 kilometer adalah tersangat jauh namun anda boleh menghabiskan masa dengan menonton filem-filem terbaik dari seluruh dunia.

3. London ke Perth (Qantas) - 17 jam 20 minit

qantas penerbangan dari london ke perth ke 3 terpanjang di dunia

Adalah sangat menyenangkan untuk menaiki penerbangan terus kerana tak perlu bimbang untuk menukar pesawat, menunggu di lapangan terbang dan kemungkinan terlepas penerbangan.

Tetapi jika anda berada dalam penerbangan lebih daripada 16 jam, mungkin tempoh penukaran penerbangan boleh menjadi satu kelegaan bagi anda.

Anda boleh sampai ke Australia secara langsung tanpa berhenti dari United Kingdom jika boleh bertahan berada di atas udara hampir 18 jam.

Syarikat penerbangan paling popular dari Australia, Qantas memperkenalkan laluan baru pada awal tahun 2018 yang menghubungkan London dengan Perth.

kabin business class dalam pesawat boeing 787 9 dreamliner

Penumpang kini boleh terbang engan Boeing 787-9 Dreamliner selama 17 jam 20 minit merentasi Bumi, melengkapkan perjalanan epik sejauh 14,499 kilometer.

London adalah satu daripada sepuluh lapangan terbang paling sesak di dunia dan menjadi sebahagian daripada laluan pengembara apabila memasuki Eropah atau United Kingdom.

Manakala Perth pula adalah antara salah satu bandar yang paling kurang dilawati di Australia, di belakang Sydney dan Melbourne.

Harap-harap penerbangan terus ini akan menarik lebih banyak orang ke semua kawasan yang belum diterokai dan sangat indah di Australia.

2. Auckland ke Doha (Qatar Airways) - 18 jam 5 minit

qatar penerbangan dari auckland ke doha ke 2 terpanjang di dunia

Penerbangan dari Auckland, New Zealand ke Doha, Qatar adalah penerbangan tanpa henti paling panjang di dunia ketika ini.

Ia memegang kedua-dua rekod dari segi jarak perjalanan sejauh 14,536 kilometer dan juga tempoh iaitu 18 jam dan 5 minit.

Jika anda bakal menaiki penerbangan ini, anda lebih baik bersedia.

Ia bukan sekadar menyediakan perkara yang hendak dilakukan dalam tempoh yang panjang ini sebaliknya bersiap sedia untuk menghidratkan diri secara berkala dan meregangkan kaki anda setiap saat.

penerbangan kelas pertama qatar airways

Perjalanan selama 18 jam tanpa henti bukan satu gurauan bagi tubuh badan dan minda anda. Qatar Airways melakukan segala-galanya bagi memastikan anda untuk kekal selesa dan siuman termasuklah menghidangkan ais krim (bersama-sama makanan lain).

Namun, mereka mendapati bahawa ais krim adalah hidangan terbaik selepas melepasi 9 jam perjalanan. Apabila pesawat mendarat, akan kedengaran juruterbang berkata:

"Tahniah kerana berjaya mengharungi perjalanan udara paling panjang di dunia,".

1. Singapura ke Newark (Singapore Airlines) - 18 jam 45 minit hingga 20 jam

singapore airlines penerbangan dari singapura ke newark paling panjang di dunia 851

Singapura sedang bekerja keras untuk menarik perhatian anda. Syarikat penerbangan negara ini adalah antara yang terbaik di dunia dan Lapangan Terbang Changi Singapura telah berada di kedudukan pertama selama lebih daripada 5 tahun.

Untuk memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai inovator, Singapore Airline bakal melancarkan penerbangan terbaru iaitu dari Singapura ke Newark, Amerika Syarikat sejauh 15,343 kilometer bermula Oktober 2018.

Penerbangan ini akan menjadi penerbangan tanpa henti dengan tempoh terpanjang di dunia mengambil masa di antara 18 jam 30 minit sehingga 20 jam di udara.

lapangan terbang changi jewel

lapangan terbang changi jewel 1

Bukan itu sahaja, lapangan terbang terbaik ini baru-baru ini membangunkan hab untuk menghubungkan pelbagai terminal Lapangan Terbang Changi dengan kos RM5.16 bilion.

Hab yang diberi nama "Jewel" bakal siap dengan bentuk kubah terdiri daripada 9,000 keping kaca yang mengandugi taman 5 tingkat dengan air terjun indoor yang sangat menajubkan.

Rujukan:

United Airlines

Travels

RSP

BBC

The Points




Hakcipta iluminasi.com (2017)