Oleh pada 21 Jun 2019 kategori

Selain daripada menjadi rumah ibadat bagi penganut Islam, masjid juga mempunyai banyak fungsi sosial lain termasuklah menjadi lokasi tarikan kepada pelancong asing. Ini disebabkan oleh rekabentuk dan seni bina unik yang sangat menakjubkan dan menarik perhatian orang ramai. 

masjid zahir kedah 490

kredit gambar TOREX flickr

Dan antara masjid yang paling popular di Malaysia terletak di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Berfungsi sebagai Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir juga dikenali sebagai Masjid Zahrah.

Mercu tanda terkenal ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, lebih tepat di perkarangan Istana Pelamin. 

Tapak Masjid Zahir

masjid zahir dulu sungai perak kampung perak

Gambar Masjid Zahir Dulu

Sebelum Masjid Zahir dibina, tapak ini merupakan tapak bagi sebuah masjid lama. Sebuah masjid berbumbung nipah dan diperbuat daripada kayu telah dibina di tapak sama pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke-19, Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II pada 1735.

Tapak ini menjadi pilihan untuk didirikan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya disebabkan pertalian erat antara istana dengan alim ulama terutamanya bagi menjalankan upacara berkaitan agama.

Ia juga merupakan laluan utama bagi penduduk tempatan melalui jalan air kerana terletak berhampiran Sungai Kedah serta memudahkan jemaah mengambil wudhu.

masjid zahir sungai kedah

Masjid Zahir kini

Disebabkan masjid lama yang tidak mampu menampung pertambahan penduduk sekitar, maka pihak pemerintah memutuskan untuk membina sebuah masjid baharu bagi menggantikannya.

Tapak masjid ini juga sebenarnya adalah makam dan kubur pahlawan Kedah yang gugur ketika serangan Siam di Kedah pada tahun 1821.

Bagi membina masjid bersejarah ini sebagai masjid negeri, masjid yang terdahulu telah dipindahkan ke Alor Merah.

Kerja pembinaan Masjid Zahir

keindahan masjid zahir

kredit gambar Shamsul Hidayat Omar Flickr

Pembinaan masjid yang bermula pada 11 Mac 1912 ini digalas oleh satu jawatankuasa yang dipimpin oleh Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin (Hakim Besar), Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad (Setiausaha Kerajaan Negeri), W.G. Maxwell (Penasihat Inggeris) dan J. Gorman sebagai Jurutera Negeri adalah antara ahli jawatankuasa berkenaan.

Pelan masjid ini dilukis oleh J.Gorman bersama-sama individu yang digelar sebagai Pak Din, seorang anak tempatan.

masjid azizi menjadi inspirasi kepada rekabentuk masjid zahir

(Masjid Azizi di Sumatera Utara)

Memandangkan Masjid Azizi di Sumatera Utara peninggalan Kesultanan Langkat adalah masjid paling cantik di Nusantara pada ketika itu, ia telah menjadi inspirasi dalam seni bina dan rekabentuk Masjid Zahir.

Tapak keluasan Masjid Zahir berukuran 39 meter persegi dan dikelilingi oleh ruang serambi seluas dengan lebar 2.4 meter dengan 4 buah anjung dan 5 buah kubah utama melambangkan 5 Rukun Islam.

Perasmian masjid tertua di Kedah

perasmian masjid zahir 1915

(DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merasmikan Masjid Zahir)

Selepas 3 tahun pembinaan, akhirnya Masjid Zahir siap sepenuhnya pada tahun 1915.

Ia telah dirasmikan oleh  DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 yang.

Pada hari berkenaan, Tunku Mahmud bertindak sebagai pembaca khutbah manakala baginda sultan menjadi imam solat Jumaat.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

perasmian dan pembukaan masjid zahir kedah

Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Selain menjadi abadi sebagai imej setem, Masjid Zahir juga sering tersenarai dalam senarai masjid paling cantik di dunia. 

Gambar-Gambar Lama

sejarah masjid zahir dulu dan kini

kredit foto Kedah Dulu Kini

gambar lama dulu masjid zahir kedah darulaman

masjid zahir dulu dulu 1970an

kredit foto Zamri Hassan

masjid zahir alor setar dulu dulu gambar lama

Dari dulu hingga kini, Masjid Zahir meriah. Kredit gambar Mohamad Zainol

perbarisan depan masjid zahir dulu dulu

1938 : YTM Raja Muda Kedah Tunku Badlishah memeriksa barisan kehormatan Polis Kedah di perkarangan Masjid zahir, Alor Setar sebelum menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri. Kredit : Facebook

Rujukan:

1. Masjid Zahir Alor Setar - Arkib

2. Sejarah Masjid Zahir - Isma Alor Setar

3. Masjid Zahir



Hakcipta iluminasi.com (2017)