Microsoft dan Apple adalah seteru utama. Dan pengasas kedua-dua syarikat gergasi ini juga tidak sependapat malah kerap bertelagah. Selama 30 tahun yang lalu, mereka bermula sebagai satu sekutu, kepada musuh yang sangat ketat. Namun, kadang-kadang mereka seperti kawan, dan kadang-kadang seperti lawan.

Namun, jika difikirkan, Apple tak mampu menjadi Apple seperti sekarang ini, tanpa Microsoft, dan begitu juga sebaliknya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi sejarah hubungan "love-hate" di antara Bill Gates dan Steve Jobs.

Bermula sebagai rakan kerja

steve jobs dan bill gates 2 228

Mereka berdua bukanlah sentiasa menjadi musuh. Ketika komputer Apple II dikeluarkan pada tahun 1977, Microsoft menghasilkan perisian bagi komputer tersebut. Dan Bill Gates selalu mengunjungi Cupertino, Los Angeles (HQ Apple) untuk melihat perkembangan Apple.

Steve Jobs mengunjungi Washington untuk berbincang mengenai kemungkinan Bill Gates mahu menghasilkan perisian Microsoft untuk komputer Apple Macintosh, pada tahun 1980. Ia kerana Microsoft mempunyai paparan antaramuka (GUI) yang sangat berevolusi ketika itu.

Bill Gates mula rasa tak selesa

steve jobs dan bill gates 3 942

Bill Gates tidak menyenangi sikap Steve Jobs yang agak pelik. "Saya berasa sangat pelik, dan tak selesa apabila melawat Steve Jobs dan beliau berkata kami tidak perlukan awak dan kami melakukan kerja dengan baik," kata Bill Gates.

Bill Gates keliru dengan cara Steve Jobs seolah-olah "Kami tak perlukan anda, tapi kemungkinan kami akan perlukan anda".

Walaupun tak selesa dengan sikap Steve Jobs, pada tahun 1983, Bill Gates muncul dalam sebuah video "Dating Game" yang ditayangkan untuk pekerja Apple ketika pelancaran Macintosh. Bill Gates juga memuji komputer tersebut dengan berkata ia "benar-benar menangkap imaginasi manusia"

steve jobs dan bill gates 1991

Untuk beberapa tahun pertama menghasilkan Macintosh, Microsoft dan Apple bekerjasama, dan Bill Gates bergurau bahawa beliau mempunyai lebih ramai pekerja bekerja untuk Macintosh berbanding Steve Jobs.

Hubungan mula tegang

microsoft versi 1 1985

Pada tahun 1985, Microsoft mengumumkan pelancaran Windows versi pertama mereka. Ia menjadi permulaan keretakan perhubungan Bill Gates dan Steve Jobs. Steve Jobs yang berang, menuduh Bill Gates dan Microsoft merosakkan Macintosh, namun tidak diendahkan Bill Gates. Beliau merasakan Apple tak ada hak eksklusift terhadap idea paparan antaramuka.

steve jobs dan bill gates 1985

Bill Gates tahu bahawa Apple mengambil idea paparan antaramuka tersebut daripada makmal Xerox PARC iaitu sebuah institusi penyelidikan. Mereka berdua mengagumi institusi ini. Mengenai dakwaan Steve Jobs itu, Bill Gates menjawab:

"Steve, saya rasa ada sudut lain dalam melihatkan situasi ini. Saya rasa ia lebih kepada begini, kita berdua mempunyai jiran bernama Xerox. Saya pecah masuk ke dalam rumah Xerox untuk mencuri TV, tapi sebenarnya awak telah mencurinya terlebih dahulu,".

Bermula daripada itu, kedua-dua pengasas syarikat gergasi ini betul-betul menjadi seteru. "Mereka menghancurkan kami seboleh-bolehnya, kerana Bill Gates tak tahu malu," jelas Steve Jobs.

Bill Gates kemudian menjawab, "Jika Steve Jobs berkata begitu, beliau sendiri telah memasuki dunia hitam yang beliau sendiri cipta,".

Bill Gates berkata Steve sangat pelik, dan seorang manusia yang aneh. Namun beliau mengagumi bakat rekacipta yang ada pada Steve Jobs.

"Steve Jobs tak berapa tahu mengenai teknologi, tapi beliau mempunyai naluri yang hebat dalam kerjanya," kata Bill Gates.

Steve Jobs berhenti dari Apple

steve jobs dan next

Steve Jobs berhenti dari Apple pada tahun 1985 dan menubuhkan syarikat baru, NeXT. Meskipun beliau tidak lagi bekerja dengan syarikat musuh kepada Microsoft, namun hubungan mereka tetapi tegang.

Steve beranggapan jika NeXT tewas kepada Microsoft, kedua-dua syarikat tersebut akan berperang untuk jangka masa 25 tahun akan datang. Namun ternyata Microsoft tak dapat lagi dihalang, dan terus menjadi pelopor dalam bidang pengkomputeran.

Hubungan semakin parah 

Satu kenyataan panas dikeluarkan oleh Steve pada tahun 1996 dalam dokumentari "Triumph of the Nerds”, dengan berkata Microsoft menghasilkan produk kelas ketiga.

"Masalah Microsoft adalah mereka mempunyai citarasa yang teruk. Sangat teruk, dan saya betul-betul maksudkannya. Mereka tak mempunyai idea asli, dan tak ada apa-apa yang dibawa oleh mereka melalui produk mereka.

Pada hujung tahun 1990-an, Apple semakin merudum, dan CEO Apple ketika itu, Gil Amelio cuba untuk membeli NeXt dan membawa Steve kembali ke Apple. Namun Bill Gates cuba melakukan sesuatu. Bill Gates berkata kepada Gil Amelio:

"Saya tahu mengenai teknologi ini, ia hanyalah UNIX yang basi, dan anda tak akan dapat menggunakannya pada komputer anda. Adakah anda tak tahu bahawa Steve tak tahu apa-apa mengenai teknologi ini? Beliau hanyalah seorang jurujual yang hebat. Saya betul-betul tak percaya yang anda akan melakukan keputusan bodoh ini. Steve tak tahu apa-apa mengenai kejuruteraan, dan 99% daripada apa yang dicakapkan dan difikirkan adalah salah, jadi kenapa anda nak beli "sampah" ini?".

Pada tahun 1997, Steve Jobs menjadi CEO kepada Apple. Ketika ini Bill Gates mendermakan wang sejumlah USD150 juta kepada Apple kerana Apple bergelut dalam masalah. Ia menamatkan kes mahkaman terhadap tuduhan ke atas Bill Gates yang mencuri idea Steve Jobs.

Kagum antara satu sama lain

zaman muda

Di sebalik pertelingkahan mereka, Bill Gates dikatakan mengagumi Steve Jobs walaupun mereka tak sependapat. Beliau menghantar e-mel dalaman kepada staf Microsoft yang memuji Steve, ketika Apple memperkenalkan iTunes. Dan Bill sekali lagi menghantar e-mel, ketika iPod diperkenalkan pada tahun 2001, yang berbunyi:

"Saya rasa kita perlukan pelan untuk buktikannya, walaupun Steve membuatkan kita sedikit terjejas, tapi kita boleh bergerak dengan lebih pantas, dan melakukan yang lebih baik,".

Kenyataan pedas oleh Steve Jobs

Steve Jobs masih tak puas hati dengan Microsoft lebih-lebih lagi selepas Steve Ballmer mengambil alih tugas CEO pada tahun 2000. Steve berkata Microsoft sudah tidak berkuasa, mereka menjadi tak relevan dan berasakan tak ada perubahan akan berlaku selagi Steve Ballmer yang berkuasa. 

bill melinda gates foundation 63

Ketika Bill Gates mengumumkan untuk keluar dari Microsoft pada tahun 2006 dan fokus pada Bill & Melissa Gates Foundation, Steve berkata, "Bill adalah seorang yang tiada daya imaginasi dan tak pernah cipta apa-apa. Jadi saya rasa beliau lebih selesa dan patut buat kerja amal, daripada terus dalam dunia teknologi,".

Hormat antara satu sama lain

masing masing ketawa 755

Walaupun tegang, kedua-dua manusia hebat ini sangat menghormati antara satu sama lain. Mereka muncul di atas pentas bersama-sama dalam satu konferens pada tahun 2007. Ketika itu Bill berkata, "Kalau boleh saya mahukan citarasa yang ada pada Steve,".

Steve pula pernah berkata, "Saya sangat kagum dengan syarikat yang Bill bina, ia sangat menakjubkan. Saya juga gembira bekerja dengannya. Beliau sangat pintar, dan pandai buat kelakar,".

Bill Gates berkata selepas kematian Steve, "Saya hormati Steve, kami dapat bekerja bersama. Kami mendorong antara satu sama lain, walaupun sebagai pesaing. Apa yang Steve kata terhadap saya, langsung tak mengganggu fikiran saya,".

Dan kita patut bersetuju kedua-dua individu ini telah menghasilkan legasi yang sangat hebat, Steve Jobs membina Apple sebagai antara syarikat paling bernilai di dunia, dan Bill Gates pula adalah orang terkaya di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)