Kejayaan produk Apple seperti iPod, iPad dan iPhone membuatkan nama Steve Jobs menjadi sebutan ramai. Walau bagaimanapun, walaupun beliau menghabiskan seluruh hidupnya mencipta empayar teknologi terbesar di dunia, beliau bertegas dengan tidak memberikan gajet kepada anak-anak.

Pada tahun 2014, wartawan Nick Bilton telah mengingati kembali perbualannya bersama Steve selepas melancarkan iPad dalam artikel yang ditulis olehnya untuk New York Times. Dia bertanya sama ada anak-anak Steve menyukai iPad namun Steve memberitahu bahawa mereka belum pernah menggunakan iPad.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Baru-baru ini, seorang profesor dari New York University, Adam Alter menerangkan kenapa Steve Jobs tidak pernah membiarkan anak-anaknya bermain dengan iPad semasa hayatnya.

Prof Adam merupakan penulis buku “Irresistible: The Rise of Addictive Technology and the Business of Keeping Us Hooked” menjelaskan bahawa Steve berkata kesan menggunakan iPad adalah berbahaya kerana ia boleh mengkhayalkan dan membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Ini disebabkan para pengeluar produk teknologi akan mengkaji dan sentiasa menambahbaik produk sehingga para pengguna sukar untuk menahan diri daripada menggunakannya.

Bos-bos syarikat teknologi tinggi lain pun buat macam tu?

Bukan Steve Jobs seorang sahaja CEO yang tidak memberikan gajet kepada anak-anak. Ramai lagi ketua eksekutif syarikat teknologi lain yang memegang prinsip yang sama.

chris anderson 3d robotics hero

Bekas editor Wired dan CEO syarikat pengeluar dron iaitu 3D Robotics, Chris Anderson telah meletakkan had masa dan mengawal dengan ketat setiap peranti yang ada di rumah bagi lima orang anaknya. Walaupun anak-anak sering merungut bahawa ibu bapa lain tidak mempunyai peraturan seperti itu, Chris dan isteri tetap tegas dengan pendirian mereka.

anak anak chris anderson tolong bungkus drone di rumah 164

Menurut Chris, ini disebabkan beliau sendiri telah melihat secara langsung betapa bahayanya teknologi dan tidak mahu ia terjadi kepada anak-anaknya. Bahaya yang dimaksudkan ini adalah kandungan yang memudaratkan seperti pornografi, cyberbullying dan risiko mengalami ketagihan seperti ibu bapa.

Alex Constantinople merupakan ketua eksekutif the Outcast Agency iaitu sebuah firma komunikasi dan pemasaran khusus untuk teknologi. Beliau tidak membenarkan langsung anak bongsunya yang berusia 5 tahun untuk menggunakan gajet. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang berusia 10 dan 13 pula, kebenaran hanya diberikan selama 30 minit setiap hari.

Jadi, bagaimana big bosses syarikat teknologi ini meluangkan masa dengan anak-anak?

evan williams pengasas blogger twitter dan medium

Pengasas Blogger, Twitter dan Medium, Evan Williams menggantikan iPad dengan ratusan pilihan buku dan bahan bacaan untuk anak-anak lelakinya. Mereka boleh pilih dan ambil mana-mana yang mereka suka pada bila-bila masa.

Dan menurut pengarang buku "Steve Jobs," Walter Isaacson, setiap hari Steve akan makan bersama anak-anak di dapur sambil membincangkan tentang buku-buku menarik, bercerita kisah-kisah sejarah dan pelbagai lagi perkara lain. Tidak ada sesiapa pun yang merengek mahukan iPad kerana anak-anaknya tidak pernah ketagih dengan gajet itu.

Hmm.. anak orang biasa-biasa macam kita ni pulak menghadap gajet berapa jam setiap hari?




Hakcipta iluminasi.com (2017)