Rata-rata rakyat Malaysia pastinya pernah mendengar nama sebuah pulau kecil yang diberi nama Diego Garcia. Sewaktu kes kehilangan pesawat Malayasia AIrlines MH370 beberapa tahun dahulu, nama pulau ini muncul berdasarkan teori konspirasi yang mengatakan ada pihak yang menyembunyikan pesawat tersebut di pulau ini.

Kedudukan pulau ini yang terpencil ditambah dengan kerahsiaan pulau ini yang dikatakan menjadi pangkalan rahsia tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi menguatkan lagi teori itu. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang benar-benar dapat menyangkal atau membuktikan teori mengenai kehilangan MH370 tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun dikenali umum sebagai kawasan pangkalan rahsia tentera Amerika Syarikat, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kawasan tersebut sebenarnya hanya disewa daripada pihak British selama berpuluh tahun lamanya.

Lebih menyedihkan, pulau ini dahulunya dihuni penduduk orang asli tempatan yang telah diusir keluar dari tempat tinggal mereka. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak sejarah hitam mengenai "penaklukan" pulau ini dan bagaimana liciknya penjajah menghalau penduduk asal disini secara halus.

Sejarah pulau Diego Garcia

penduduk asal diego garcia

Diego Garcia adalah sebuah pulau di selatan khatulistiwa di tengah Lautan Hindi dan yang terbesar di antara 60 pulau kecil yang terdiri dalam gagasan Kepulauan Chagos (Chagos Archipelago.). Ia pertama kali ditemui oleh orang Eropah dan dinamakan oleh Portugis.

Negara Perancis telah bertapak disini pada 1790-an dan kuasa pemerintahan ke atasanya telah dipindahkan ke bawah penguasaan British selepas Perang Napoleon. Penduduk asal disini dikenali sebagai Chagos (Chagossian dalam bahasa Inggeris) tetapi malangnya telah dihalau keluar oleh Amerika Syarikat.

Walaupun kini Diego Garcia dikenali sebagai pangkalan rahsia Amerika Syarikat, secara teknikalnya ia masih dibawah kekuasaan British kerana pihak British telah menyewakannya kepada Amerika Syarikat selama puluhan tahun lamanya. Diego Garcia menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik di Lautan Hindi.

Usaha menghalau penduduk Diego Garcia

pangkalan tentera amerika

Awal tahun 60-an, pihak Amerika Syarikat dan Kerajaan UK telah mengadakan sebuah rundingan mengenai penubuhan pangkalan tentera strategik bersama yang terbesar pulau terbesar di gagasan Kepulauan Chagos ini, iaitu di Diego Garcia.

Pada tahun 1965, Britain memberikan kemerdekaan kepada Mauritius yang telah lama berjuang untuk kemerdekaan. Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada perjanjian kemerdekaan itu, pihak British akan diberikan pemilikan terhadap pulau-pulau di gagasan Kepulauan Chagos ini.

Setelah £3 juta ditawarkan ke Mauritius untuk melancarkan rundingan, perjanjian itu dimeterai dan pulau-pulau di Chagos itu diisytiharkan berada di bawah pentadbiran 'British Indian Ocean Territory' atau singkatannya BIOT.

pangkalan diego garcia 992

Setelah persetujuan antara British dan Amerika Syarikat dipersetujui, maka bermulalah sejarah hitam bagi penduduk asal disini. Kira-kira 2000 penduduk di kawasan kepulauan Chagos (Diego Garcia dan pulau-pulau kecil lain) diusir keluar. Malah, tentera Amerika Syarikat juga dikatakan melepaskan gas beracun bagi membunuh kesemua anjing di pulau tersebut yang dijadikan haiwan peliharaan bagi penduduk tempatan.

Menjelang 1971, dengan menggunakan ugutan dan kekerasan, dikatakan kesemua penduuduk asal kawasan ini telah dihantar ke Mauritarius dengan menaiki kapal. Disana, mereka diberikan tempat tinggal serba daif tanpa bekalan elektrik dan air bersih.

Setelah kesemua penduduk asal di Diego Garcia dan pulau-pulau kecil berdekatan dipindahkan keluar, maka bermulalah pembinaan pangkalan tentera rahsia yang dikongsi bersama oleh Amerika Syarikat dan British. Ini termasuklah kemusnahan habitat semulajadi dan terumbu karang di kawasan ini bagi pembinaan landasan penerbangan dan barak ketenteraan.

Usaha penduduk asal ingin pulang ke Diego Garcia

penduduk asal chagos

Sejak sekian lamanya, penduduk asal Chagos atau Diego Garcia telah menuntut hak mereka untuk pulang kembali ke kampung halaman mereka. Malangnya, pihak Amerika Syarikat dan British banyak kali membuat pelbagai helah politik bagi menghalang orang luar termasuklah penduduk asal pulau itu untuk datang memandangkan pulau tersebut secara teknikalnya sudah menjadi sebuah pangkalan tentera.

Bagi menutup mulut penduduk asal pulau ini, pihak Amerika Syarikat dan British juga dikatakan telah memberikan bayaran pampasan kepada mereka dengan syarat mereka tidak akan menuntut untuk kembali lagi ke Diego Garcia. British juga menuduh penduduk disitu dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang walhal keturunan mereka sudah beratus tahun mendiami kawasan tersebut.

Terbaru, pada tahun 2008, kerajaan British telah mengisytiharkan kewujudan zon perlindungan laut di sekitar Chagos, sekaligus menghalang mana-mana individu termasuklah penduduk asal yang ingin kembali daripada melakukan apa-apa aktiviti perikanan disini.

Walaupun pengisytiharaan zon perlindungan marin ini disambut baik ramai pihak, ia sebenarnya muslihat sulit oleh British dan Amerika bagi menghalang penduduk asal daripada kembali ke sini memandangkan aktiviti perikanan merupakan cara mereka dapat hidup disini. Rancangan jahat ini terdedah melalui satu dokumen sulit bertarikh Mei 2009 daripada pihak Pejabat Luar British kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Wavelength Magazine
  3. The Telegraph



Hakcipta iluminasi.com (2017)