Siapa yang tidak kenal dengan jenama jam G-Shock dari Jepun?

Tidak kira anda peminat jam atau tidak, jam G-Shock cukup terkenal kerana kualitinya. Kerana popularitinya, tidak hairalah terdapat lambakan jam jenama ini dipasaran yang dijual dengan harga lebih murah. 

Dilahirkan daripada keinginan untuk mencipta jam tangan yang tidak pernah rosak, Casio G-Shock dihormati oleh ramai orang sebagai "jam tangan  paling tahan lasak di planet ini." Tetapi ia lebih daripada itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

G-Shock dihormati secara meluas, digemari oleh semua orang daripada Navy SEALs hinggalah kepada mereka yang menggemari aktiviti lasak. Ia adalah jam tangan yang memberi makna baharu kepada perkataan "tahan lama." Tetapi, bagaimanakah idea untuk mencipta jam selasak G-Shock datang?

Idea penciptaan G-Shock

pencipta g shock

Apabila pembangunan G-Shock bermula pada tahun 1981, ketua reka bentuk jam tangan Casio ialah jurutera Kikuo Ibe. Pada satu hari, beliau terjatuhkan jam tangan mekanikalnya  yang merupakan jam pusaka keluarga. Akibatnya, jam tersebut hancur di atas tanah dan rosak

Peristiwa ini memberi inspirasi kepada Ibe untuk membuat jam tangan yang sekurang-kurangnya akan lebih tahan lasak untuk pelbagai jenis aktiviti seharian. Bagi merealisasikan ideanya ini, beliau telah menubuhkan satu pastukan khas yang terdiri daripada 3 orang untuk melakukan kajian lebih lanjut.

Pasukan projes khas ini dinamakan "Team Tough".

Terdapat hanya tiga kriteria reka bentuk — yang dipanggil triple 10 — untuk jam tangan yang beliau fikirkan:

  • Tahan jatuh 10 meter
  • Tahan 10 atmosfera tekanan air
  • Mempunyai hayat bateri selama 10 tahun

Pasukan ini telah mengambil masa lebih dua tahun untuk mengeluarkan G-Shock pertama, DW-5000C. Ibe dan pasukannya terpaksa melalui beberapa kesukaran yang serius dalam perjalanan menghasilkan jam G-Shock pertama yang melepasi ketiga-tiga kriteria ini.

Walaupun bilangan prototaip melepasi 200, Team Tough masih jauh daripada penyelesaian reka bentuk yang mereka cari. Kemudian, semasa melawat taman permainan, Ibe mendapat inspirasi seterusnya: bola getah yang melantun.

Ibe akhirnya memvisualisasikan sistem tahann gegaran yang menjadi asas kepada semua jam tangan G-Shock. Beliau mengatakan bahawa bahagian tengah bola tidak mengalami gegaran yang dialami oleh bahagian luar. Beliau dan pasukannya kemudian merancang untuk mereka bentuk jam tangan untuk menahan gegaran dengan cara yang sama.

Rahsia ketahanan G-Shock

jam g shock tentera

Sarung G-shock adalah kosong dan modul ketepatan masa disokong dengan bahan kusyen gel lembut pada hanya beberapa bahagian penting di dalamnya. Selain itu, bahagian penting modul itu sendiri dilindungi daripada hentaman dengan bahan kusyen tambahan.

Titik terkeluar pada sarung dan bezel jam ini diperbuat daripada uretana dan melindungi butang dan kaca daripada hentaman dari sebarang arah; malah talinya direka khas untuk membantu mengasingkan jam tangan daripada kesan gegaran. Semua ciri ini membantu melindungi jam tangan G-Shock daripada gegaran yang sangat kuat.

Mengenai nama jam tangan, Ibe berkata huruf "G" merujuk kepada ketahnan dari gegaran. Seseorang manusia mungkin mengalami banyak gegaran atau hentakan dari pelbagai situasi yang berbeza (sukan, pergaduhan, dsb.), tetapi Ibe berpendapat bahawa kejatuhan adalah perkara paling sukar yang mungkin dialami seseorang dan masih hidup.

Walau bagaimanapun, itu tidaklah bermakna jam tangan ciptaannya langsung tidak akan pecah tidak kira sejauh mana ia jatuh. Sebaliknya, tujuannya ialah jam tangan itu akan kekal berfungsi selepas sebarang kejatuhan yang dialami oleh pemakainya.

Evolusi teknologi dan rekabentuk

jam pintar g shock

Jam tangan yang terhasil, dengan estetika yang tersendiri dan tahan lasak, berkembang menjadi jenama jam yang sangat popular dengan gabungan pengikut yang unik, daripada yang tertumpu kepada utilitarian (anggota tentera, pengembara, atlet sukan lasak) kepada yang mengutamakan style (artis, penggemar gaya jalanan).

Model analog/digital pertama muncul pada tahun 1989. Pada tahun 1993 jam tangan penyelam sebenar pertama, Frogman DW-6300, dengan ketahanan air 20 atmosfera, telah dikeluarkan. Model titanium pertama, Frogman DW-8200, muncul pada tahun 1995.

Tahun 2000 memperkenalkan model GW-100, G-Shock kawalan radio pertama yang mampu menerima isyarat penentukuran daripada satu daripada enam lokasi di seluruh dunia untuk ketepatan masa yang lebih tepat. Ciri-ciri lain telah muncul kemudiannya: ketahanan terhadap suhu rendah dan kotoran dan lumpur, serta sensor suhu dan tekanan terbina dalam.

Teknologi seperti Bluetooth dan pemantau kadar jantung lebih terkini menjadikan G-Shock sebagai pesaing dalam perang jam tangan pintar dan penjejak kecergasan. Anda kini boleh mendapatkan G-Shocks mewah yang diperbuat daripada logam dan bahan seperti kristal nilam — malah model yang menggabungkan kraftangan tradisional Jepun dan kemasan peringkat tinggi seperti yang anda jangkakan daripada jam tangan mewah Switzerland.

Saban tahun, G-Shock memperkenalkan jam-jam baru dengan kolaborasi daripada syarikat, jenama atau entiti terkenal yang terus menaikkan populariti jam ini. Pada 2017, G-Shock mengumumkan ia telah menjual jam tangan ke-100 juta sejak unit pertama terjual pada pada tahun 1983.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)