Sejak ia dicadangkan oleh Dmitri Mendeleev pada tahun 1869, jadual berkala (periodic table) telah menjadi teras dalam subjek kimia. Jadual yang tercetus daipada idea Dmitri Mendeleev bukan sahaja mengkelaskan unsur-unsur yang diketahui, tetapi membolehkannya meramalkan unsur-unsur yang belum ditemui bersama dengan sifat/ciri fizikal dan kimianya.

Walaupun beliau tidak pernah dianugerahkan Hadiah Nobel (dicalonkan pada tahun 1905, 1906 dan 1907) karyanya membuka jalan kepada ramai pemenang Hadiah Nobel lain yang terkemudiannya diiktiraf untuk penemuan mereka. Mari kita lihat bebeberapa penerima Hadiah Nobel yang telah menyumbang kepada kajian saintifik ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 1985, dalam New York Times, Glenn Seaborg menerbitkan artikel 'Man's First Glimpse of Plutonium' mengenai kisah bagaimana dia dan rakan sekerjanya mensintesis elemen baharu. Pada malam 23 Feb. 1941, Art Wahl melakukan proses pengoksidaan yang memberikan mereka bukti bahawa apa yang dibuat adalah berbeza secara kimia daripada semua unsur lain yang diketahui

Ia adalah penemuan yang membolehkan Seaborg dan Edwin McMillan layak menerima Hadiah Nobel dalam Kimia pada tahun 1951.

Penemuan plutonium diikuti kemudiannya oleh neptunium dan akan membuka pintu kepada unsur transuranium yang datang selepas uranium dalam jadual berkala. Walau bagaimanapun Seaborg dan McMillan ketika itu jauh daripada layak sebagai pemenang Hadiah Nobel pertama yang diiktiraf kerana kerja mereka dalam menemui unsur - bahan tulen yang terdiri daripada hanya satu jenis atom.

Penerima hadiah Noble pertama

penemuan gas lengai

Penghormatan untuk menjadi penerima Hadiah Nobel pertama yang dianugerahkan untuk sumbangan kepada jadual berkala sebaliknya diberikan kepada William Ramsay dan Lord Rayleigh.

Lord Rayleigh berminat untuk membangunkan kaedah untuk mengkaji sifat fizikal gas di atmosfera. Bagaimanapun apabila beliau membandingkan nitrogen yang diekstrak daripada udara dengan nitrogen yang diekstrak daripada sebatian kimia, didapati bahawa nitrogen daripada udara adalah lebih berat. Beliau membuat kesimpulan bahawa udara mesti mengandungi bahan lain yang tidak diketahui sebelum ini.

Pada tahun 1894, beliau bersama Ramsay berjaya menemukan unsur yang tidak diketahui sebelum ini iaitu argon dalam bentuk tulen. Mereka menamakannya sempena perkataan Yunani yang bermaksud "malas" kerana mereka mendapati ia sangat tidak reaktif.

Penemuan kedua saintis ini menyedarkan mereka bahawa jadual berkala yang terbentuk sebelum ini "tertinggal" seluruh kelas unsur "gas lengai" (inert noble gas). Selepas mengasingkan satu lagi gas lengai - helium - Ramsay meramalkan yang gas-gas lain berdasarkan jadual berkala dan seterusnya menemui kewujudan neon, krypton dan xenon.

Penemuan elemen radioaktif

pierre dan marie curie

Satu lagi penemuan unsur penting telah dibuat oleh mungkin salah seorang penyumbang paling terkenal kepada jadual berkala: Marie Curie, bersama suaminya Pierre.

Pasangan saintis ini berminat untuk menyiasat fenomena baru - radioaktiviti. Kajian mereka membawa mereka kepada campuran bijih yang mereka dapati adalah empat hingga lima kali lebih aktif daripada uranium yang mereka telah kaji.

Selepas banyak bereksperimen, mereka mula menyedari bahawa mungkin terdapat unsur-unsur baru yang tidak diketahui. Pada musim panas tahun 1898 kerja keras mereka mendapat ganjaran apabila mereka menemui unsur baru, polonium.

Selepas beberapa bulan bekerja, mereka membuat penemuan kedua untuk ditambah ke jadual berkala. Mereka telah menemui bahan tambahan yang sangat aktif yang mempunyaio ciri kimia hampir seperti barium tulen. Mereka mencadangkan nama radium untuk unsur baharu itu.

Pasangan itu telah dianugerahkan bersama Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1903, untuk kerja mereka mengenai radioaktiviti. Marie kemudiannya menerima hadiah individu kedua dalam bidang kimia pada tahun 1911 untuk bahagiannya dalam penemuan kedua-dua radium dan polonium. Ketika itu suaminya Pierre telah meninggal dunia pada tahun 1906.

Penamaan unsur baru jadual berkala

dmitri mendeleev periodic table pengasas sejarah kimia 951

Apabila menamakan penemuan mereka, Marie dan Pierre Curie menggunakan kedua-dua tempat dan sains sebagai inspirasi mereka. Ia merupakan idea yang turut digunakan oleh saintis lain – Hafnium dinamakan sempena nama latin bagi Copenhagen, tempat penerima anugerah George de Hevesy menemui unsur tersebut.

Banyak elemen dinamakan sempena nama penerima Hadiah Nobel itu sendiri. Albert Einstein, Enrico Fermi, Ernest Rutherford dan Niels Bohr semuanya mempunyai unsur yang dinamakan sempena nama mereka. Apabila menamakan salah satu penemuannya Glenn Seaborg melihat kepada saintis yang telah datang sebelum beliau.

Akibatnya unsur baru Curium dinamakan sempena Marie dan Pierre Currie. Malah Seaborg sendiri mempunyai unsur yang dinamakan sempena namanya walaupun ia adalah pilihan yang kontroversi kerana beliau masih hidup pada masa nama itu dicadangkan.

Kredit:

  1. Nobel Prize
  2. Scientific American
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)