Oleh pada 04 Apr 2017 kategori

gambar hiasan nq58

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyakkkedai atau gerai yang menyediakan hidangan yang dikenali sebagai Nasi Kak Wok. Nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan gulai pekat dan sambal belacan , ia pasti menambat selera sesiapa yang menjamahnya .Namun ia masih menjadi tanda tanya buat pengggemar makanan ini .

BESARKAN TEKS     A-  A+

gambar hiasan nq6

Hidangan seringkas itu sebenarnya diilhamkan oleh Kak Wook , atau nama sebenarnya Allahyarhamah Mek Wook Hassan .Nasi Kak Wook popular di kalangan masyarakat tempatan di Kota Bharu sekitar tahun 1984 , dan mula menular di sekitar negeri Kelantan sehinggalah kepada masyarakat luar dari Kelantan.

gambar hiasan nq2

Keenakan nasi Kak Wook sebenarnya bukanlah pada nama sahaja, tetapi pada gulainya yang pekat berempah di samping harga yang dijual sangat murah pada masa itu . Penduduk setempat dapat menikmati keenakan nasi Kak Wook dengan harga 0.70 sebungkus ,untuk lauk ayam, dan 0.50 sen sebungkus , untuk lauk ikan.

gambar hiasan nq1

Kini legasi Kak Wook disambung oleh cucunya di sekitar negeri Kelantan. Resepi asli yang diperturunkan oleh arwah nenek mereka , nyata menjadi hasil pendapatan mereka sehingga ke hari ini . Jika anda ingin merasai sendiri keenakan nasi Kak Wook yang asli, bolehlah berkunjung di kedai mereka, di Jalan Telipot, Pasir Tumboh dan satu lagi bersebelahan Bank Islam Kubang Kerian.

Populariti yang dibawa oleh Kak Wook menjadi fenomena, sehingga muncul banyak restoran yang menyediakan hidangan yang serupa dengan nasi Kak Wok. Menjawab isu ini, anak kepada arwah Kak Wook, Maheran mengakui agak terkilan sebagai pewaris perniaagaan Kak Wook, ramai pelanggan terkeliru untuk mengenalpasti gerai yang betul-betul menjual Nasi Kak Wook yang asli, atau sebaliknya. Namun dia akur dan menerima bahawa semua rezeki datang dari Allah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)