Internet ada di mana-mana ketika ini. Teknologi yang sangat canggih membuatkan kita semakin dekat dengan 5G. Tanpa internet, segala urusan kerja dunia akan terganggu dan tergendala.

Malah, ramai yang akan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit jika sambungan internet terputus hanya untuk beberapa minit. Ini menunjukkan betapa pentingnya internet pada zaman ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bagaimana kapal terbang mempunyai sambungan internet wifi 3

Namun, apabila anda berada di dalam kapal terbang, adalah masa di mana anda terputus hubungan daripada dunia internet. Walaupun begitu, kini kebanyakan syarikat penerbangan telah menyediakan sambungan internet tanpa wayar dalam pesawat, membolehkan anda berhubung dengan dunia di darat.

Tapi, bagaimana Wi-Fi dalam kapal terbang berfungsi?

Teknologi ATG (Air-To-Ground)

bagaimana kapal terbang mempunyai sambungan internet wifi 2

Jika di rumah atau pejabat, router anda disambungkan kepada internet dengan sambungan wayar secara langsung. Router kemudian memancarkan isyarat ini dengan bantuan antena. Walau bagaimanapun, kapal terbang tidak boleh disambungkan dengan wayar sepanjang masa, lebih-lebih lagi ia berada di jarak 30,000 kaki dari bumi.

Jadi ia mesti berhubung dengan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) secara wireless atau tanpa wayar.

Salah satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan membenarkan sambungan tanpa wayar antara kapal terbang dengan menara sel di darat, yang sentiasa dihubungkan dengan internet.

bagaimana kapal terbang mempunyai sambungan internet wifi

Menara-menara ini akan berkomunikasi dengan peranti yang terdapat dalam kapal terbang melalui gelombang radio. Oleh itu, menara-menara ini dibina dengan jarak yang seragam dan memastikan kapal terbang yang sedang bergerak boleh berhubung dengan menara yang terdekat apabila terbangdi atasnya.

Fungsi teknologi ini boleh dianggap seperti telefon anda yang dihubungkan dengan beberapa router di sebuah rumah yang besar. Apabila telefon anda bergerak ke seluruh rumah, secara automatiknya telefon anda akan mematikan sambungan internet daripada router yang semakin berjauhan yang memberikan isyarat lemah, dan memulakan sambungan kepada router yang mempunyai isyarat berdekatan yang kuat.

bagaimana kapal terbang mempunyai sambungan internet wifi 3 367

Dan disebabkan sambungan komunikasi secara langsung digunakan, antena pada kapal terbang dipasang pada bahagian "perut" nya. Antara penyedia terbesar internet dalam kapal terbang adalah Gogo Inc. 

Namun, kelajuan internet yang mampu disediakan oleh teknologi ini adalah sederhana, sekitar 3 Mbps. Ia cukup untuk anda membuka e-mel dan berkomunikasi. Dan jika pesawat terbang di atas laut, sambungan internet akan putus.

Selain itu, menara sel tidak boleh dipasang dengan sewenang-wenangnya di semua tempat dan perkhidmatannya akan menjadi lemah dengan kawasan yang mempunyai kepadatan menara yang rendah. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)