flight attendant

Mungkin ada yang perasan, dan mungkin ada yang tidak. Namun, tahukah anda pramugari dan pramugara tidak minum minuman panas ketika bertugas di dalam kapal terbang?

Mungkin anda rasa mereka sedang bertugas jadi mereka tidak berbuat demikian, namun menurut seorang pramugari, itu bukanlah sebabnya.

kopi 249

Seorang pramugari memberitahu Business Insider, "Pramugari atau pramugara tidak akan minum minuman panas, sama ada kopi atau teh,". Ini adalah kerana walaupun tangki-tangki air di dalam kapal terbang dicuci, namun mereka tidak diberitahu bila dan berapa kerap ia dicuci.

Jadi, mereka tidak pasti mengenai kebersihan air pada waktu-waktu tertentu, menyebabkan mereka tidak minum minuman panas.

Jawapan kepada perkara ini dinyatakan oleh EPA (Environmental Protection Agency) dan ia sangat menjijikkan.

kopi panas

Air yang digunakan untuk menyediakan minuman panas adalah datang daripada air paip, bukannya dari botol. Pada tahun 2004, EPA telah menjalankan kajian mengenai perkara ini dan 12.6% daripada sampel tersebut mengandungi kolifom.

Mungkin anda tak geli rasa geli sebab anda tak tahu apa itu kolifom, kan?

kolifomKehadiran E.coli dan kolifom

Bakteria kolifom ini tidaklah akan menyebabkan penyakit berbahaya namun kehadiran kolifom dalam air adalah penanda kepada kehadiran patogen (organisma penyebab penyakit) yang berasal daripada najis tahi atau kumbahan. Jadi ia menentukan kualiti kebersihan sumber air atau makanan tersebut yang berpotensi menjejaskan kesihatan orang ramai.

e coliE. Coli

Bukan itu sahaja, daripada 158 buah kapal terbang yang dilakukan tinjauan, 2 daripadanya positif kuman E.coli yang boleh menyebabkan cirit-birit dan kekejangan perut, menurut EPA.

1 dalam 8 kapal terbang gagal untuk memastikan sumber air mereka bersih yang menyebabkan staf-staf penerbangan ini tidak mahu menyentuh langsung minuman panas.

minuman panas 80

Jika anda rasa bakteria-bakteria ini akan mati kerana air tersebut dimasak terlebih dahulu, anda mungkin tersilap kerana menurut saintis alam sekitar, Brenda Wiles, memasak air hanya akan membunuh segelintir organisma dan kebanyakan daripadanya, tak akan mati.

Tindakan memperbaiki keadaan oleh EPA

dapur kapal terbang

Bagi membetulkan ini, pada tahun 2009,EPA telah mengubah piawaian mereka  yang mengarahkan syarikat penerbangan untuk menggunakan sumber air yang mematuhi garis panduan daripada FDA (Food and Drug Administration) serta perlu membasmi kuman dalam sumber air serta menguji sumber air sekurang-kurangya sekali setahun.

dalam kapal terbang 149

Perubahan ini masih tidak mampu memberi kesan positif kerana satu kajian susulan dijalankan oleh EPA pada tahun 2012 dan mendapati keputusannya adalah sama iaitu 12% daripada sampel mengandungi kolifom.

Menurut kajian oleh International Journal of Environmental Research and Public Health pada tahun 2015, bakteria-bakteria ini terdapat di dalam sumber air dalam tangki kapal terbang adalah melalui lori-lori yang menghantar air tersebut daripada lokasi sumber asal.

Penyelesaian

lebih baik minum jus

Solusi terbaik untuk mengelakkan perkara tak diingini, adalah meminum air daripada botol atau kotak, seperti jus-jus dan juga air mineral.

Nasib baik penulis jarang naik kapal terbang, apatah lagi nak order air, mahal kot!

Wallahualam.

Sumber : 

1. Express

2. Independent

3. Iflscience


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)