Di Hong Kong, terdapat satu ciri rekabentuk unik yang terdapat pada hampir kesemua bangunan tinggi disana. Apabila anda perhatikan bangunan-bangunan tinggi di sana, akan dapat dilihat terdapat lubang yang dibuat pada bahagian tengah tersebut.

Bagi yang tidak tahu, anda mungkin mengagak ianya ada kaitan dengan rekabentuk dan kerja-kerja kejuruteraan bangunan tersebut. Walaubagaimanpun, ianya tidak benar sama sekali.

feng shui

Lubang yang terdapat pada bahagian tengah bangunan tersebut sebaliknya adalah disebabkan kepercayaan feng shui masyarakat di sana. Mereka percaya lubang tersebut perlu dibuat untuk membolehkan naga terbang melaluinya daripada gunung ke laut pada setiap hari. Mereka percaya sekiranya lubang tersebut tidak dibuat, ia boleh menghalang pergerakan naga dan seterusnya boleh mengakibatkan nasib yang tidak baik kepada mereka.

Lubang yang ada ditengah-tengah bangunan ini dikenali sebagai "Dragon Gate"

Kepercayaan mereka ini disokong lagi apabila menara Bank of China yang tidak mempunyai rekabentuk begitu telah menyebabkan nasib yang tidak baik kepada bangunan sekeliling.

dragon gate




Hakcipta iluminasi.com (2017)