Pasti anda pernah melihat duit syiling yang mempunyai lubang di tengah-tengahnya. Mengapa begitu? Proses menebuk lubang ini biasanya memakan masa yang agak lama dan ia mengurangkan jumlah logam dan nilai pada syiling tersebut.
Namun, ia tetap dilakukan, jadi, apakah tujuan lubang tersebut dihasilkan?
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi syiling Rom dan Yunani, syiling mereka ada kalanya digunakan sebagai hiasan atau aksesori oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Antaranya adalah digunakan untuk menghasilkan gelang tangan atau rantai leher. Malah ada yang dijadikan cenderamata.
Antara pembuatan syiling dengan lubang yang paling terkenal adalah syiling Kuno China yang tidak ditebuk dengan lubang berbentuk bulat, tetapi segi empat. Tujuannya adalah ia mudah untuk dipasangkan tali apabila lubang petak ditebuk.
Populasi kuno ada juga yang melekatkan syiling berlubang ini menggunakan paku pada pintu atau dinding. Amalan ini adalah bererti memuji pemerintah atau tuhan dengan harapan mereka mendapat perlindungan daripada pemerintah ataupun tuhan kuno.
Walaupun ia biasanya dijumpai pada zaman dahulu, namun sejak tahun 1990 banyak negara menghidupkan kembali penghasilan syiling berlubang.
1. Syiling dengan beberapa lubang
Terdapat syiling gangsa Rom yang mempunyai beberapa lubang. Ada teori yang mengatakan tentera yang bersenjata mungkin menggunakan syiling ini menghiaskan senapang atau memberikan perlindungan ekstra. Disebabkan nilai syiling ini sangat rendah, jadi tak ada masalah untuk digunakan bagi tujuan ini.
Bagi syiling Silver Antoninanus, ia mempunyai dua lubang bertentangan. Bagi mereka pada zaman dahulu, ia menjadi pilihan menarik sebagai barang kemas. Dua lubang dengan saiz yang sama boleh dijadikan rantai jika digabungkan dengan syiling lain.
2. Syiling hampir berlubang
Beberapa syiling pula mempunyai lubang yang sangat kecil dan tidak tembus. Antara contoh syiling ini adalah Centenionalis pada zaman Constantius II. Syiling ini mempunyai lubang di kedua-dua bahagian
3. Syiling digerudi
Terdapat syiling yang mempunyai lubang yang berbentuk pelik dan agak kasar. Ini mungkin menandakan ketidakpakaran dalam menebuk lubang itu sendiri. Syiling gangsa biasanya ditebuk menggunakan gerudi kerana nilainya yang rendah namun syiling perak dan emas juga ditebuk tetapi oleh individu yang berharta.
4. Syiling lubang dipalam
Kebanyakan syiling kuno dibaiki dengan cara memalam lubang yaang ada. Bahan yang digunakan untuk menutup lubang ini biasanya bahan yang sama digunakan untuk menghasilkan syiling tersebut.
Pembaikan syiling ini biasanya dilakukan untuk syiling yang berharga seperti syiling emas.
Syiling Perak Siliqua pada zaman Constantius II telah dipalam dengan perak yang kelihatan seperti logam dan hasilnya, agak kasar. Ia dipercayai ditebuk dan dipalam pada waktu yang sama. Ia merupakan syiling nipis dari abad ke-4 seberat 0.3 gram dan dikenali sebagai "Papal-Byzantine" daripada Empayar Byzantine selepas kejatuhan Empayar Rom.
5. Syiling berlubang pada barangan kulit
Antara penggunaan syiling yang terkenal adalah dalam dekorasi pakaian atau beg kulit. Tentera-tentera kuno Rom menggunakan syiling berlubang pada pakaian seragam meraka dan juga pada beg kulit.
Syiling ini tidak ditebuk tetapi dipaterikan plag pada permukaannya yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang bagi dipasangkan pada barangan kulit.
Gambar ini menunjukkan beg kulit yang unik dari Morocco yang mempunyai pelbagai jenis syiling daripada zaman yang berbeza dipasangkan secara kekal.
Orang Cina antara yang pertama menghasilkan syiling iaitu pada tahun 770 BC yang berbentuk seperti bilah pisau, bukan berbentuk bulat. Namun mereka menghasilkan syiling bulat pada tahun 350 BC.
6. Syiling berlubang dengan gelung
Kadang-kadang syiling yang ditebuk lubang dihasilkan dengan gelung logam dipasangkan pada lubang itu. Syiling pertama jenis ini yang dihasilkan adalah syiling gangsa Honorius pada abad ke-5 yang mempunyai gelung tembaga pada lubang syiling ini.
Walaupun syiling ini dipatenkan dengan baik namun gelung tembaga itu dihasilkan sebaliknya. Ia tidak kelihatan begitu inovatif namun kelihatan antik. Ia mungkin dihasilkan oleh pembuat logam yang mahir daripada zaman itu.
Rujukan: