Kredit foto: Sinar Harian

Sesungguhnya pintu keampunan Tuhan itu tidak pernah tertutup buat hamba-Nya kerana setiap manusia pasti tidak terlepas daripada melakukan salah dan dosa. 

Atas kesedaran tersebut, penyanyi Mizz Nina, 37 atau nama sebenarnya Shazrina Azman seperti diketahui umum telahpun berhijab sekaligus berhijrah ke jalan yang diredhai-Nya. 

Peminat kini dapat mengikuti perkembangan penyanyi ini yang semakin aktif di kaca TV sebagai pengacara untuk pelbagai program bercorak Islamik. 

Namun tatkala namanya dijulang sebagai antara senarai selebriti yang nekad dalam penghijrahannya, ada pula suara-suara sumbang yang mempersoalkan tindakan penyanyi tersebut yang dikatakan enggan memadam lagu-lagu lamanya di laman Youtube. 

Tidak mudah melatah, Mizz Nina tampil menjawab dengan alasannya yang tersendiri. 

Saya rasa inilah kehidupan saya. Semuanya adalah rancangan ALLAH SWT dan saya hanya go with the flow. Mungkin inilah hala tuju saya, jadi saya tak seharusnya berhenti sebaliknya teruskan dan cuba jadi yang lebih baik. Saya masih tidak memadam lagu-lagu lama di laman Youtube kerana cara itu mendekatkan saya dengan peminat. Lagipun, saya tak boleh menghalang mereka untuk terus menonton atau berkongsi di laman sosial. 

Sumber: Sinar Harian

Menurut Mizz Nina, beliau kini selesa menjadikan laman sosialnya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah sekaligus menarik golongan yang berminat untuk mendekatkan diri kepada agama. 

Tambah Mizz Nina lagi, tiada istilah terlewat untuk kembali ke jalan yang benar. Beliau sendiri melalui proses pengalaman tersebut dan terbuka untuk berkongsi dengan para peminatnya. 

Bahkan, saya sendiri belajar Alif Ba Ta dan al-Quran pada usia 30 tahun. Alhamdulillah, semuanya bertambah baik sekarang. Apa yang penting, jangan malu dan berputus asa serta ada rasa terlambat untuk memulakan sesuatu. 

Sumber: Sinar Harian 

mizz nina kenal alif ba ta umur 30 2

Kredit foto: Beautifulnara

Sumber berita: siakapkeli.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)