Oleh pada 02 Sep 2022 kategori

Kredit: Instagram @officialmizznina

 

Sebuah rakaman di TikTok menunjukkan bekas penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina menangis ketika menjadi tetamu jemputan sebuah persidangan Islamik, Spiritual Summit 2022 yang dianjurkan baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.

 

Setelah berdiam diri dari kisah perceraiannya, bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu dilihat gagal mengawal kesedihannya sekaligus 'menjawab' teka-teki kemusnahan rumahtangganya yang menjadi tanda tanya peminat.

 

"Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Jadi, saya rasa kita perlu mengubah minda kita. Sesuatu sedang berlaku. Takkan pernah tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya penuh sebak.

  

 

Membincangkan topik kekerasan hati dan penawarnya, tambah wanita berusia 42 tahun ini, kehidupan perlu sentiasa dihadapi dengan perasaan bersyukur biarpun ketika ditimpa kesukaran.

 

"Sebagai penganut agama Islam, ia selalu jelas. Tidak kiralah waktu senang atau susah. Di dalam kesenangan, kita bersyukur. Di dalam kepayahan, kita bersabar dan kita juga sebenarnya boleh bersyukur," tekannya.

 

Biarpun tidak menyebut tentang dirinya, perkongsian Mizz Nina tentang seorang penulis bernama Na'ima B. Robert yang 'kehilangan' suaminya menguatkan lagi spekulasi tangisan itu mempunyai kaitan dengan perceraiannya.

 

"Apabila ia terjadi, proses untuk melaluinya juga sama. Kenal semula erti bersyukur," ringkasnya.

  

 

Terdahulu, bekas suaminya, Noh Salleh dituduh curang sebelum disangkal seorang wanita didakwa rakan kepada vokalis kumpulan Hujan itu.

 

Komen Pilihan

  

noh hujan dituduh curang

 

"Kita nampak kisah yang buruk. Tetapi, Allah telah atur yang terbaik. Jika dia kenal orang lain, belum tentu dia jadi seperti sekarang," tulis seorang pengguna TIkTok.

 

Sumber:

1. TikTok syukfendi 

2. TikTok ejust4u 

3. gamescott.com 

4. YouTube BERITA KINI MALAYSIA 

5. Hot FM 



Hakcipta iluminasi.com (2017)