Kredit foto: Instagram Mizz Nina

Siapa Mizz Nina? Mizz Nina ialah seorang penyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen dan ahli perniagaan Malaysia.

Biodata Penuh Mizz Nina

Nama sebenar: Shazrina binti Azman

Nama komersial: Mizz Nina

Umur: 42 tahun (2022)

Tarikh lahir: 1 Julai 1980

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Keluarga: Tan Sri Azman Hashim (bapa), Tunku Arishah Tunku Maamor (ibu)

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia

Kerjaya: Penyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen, usahawan

Instagram (IG): @officialmizznina

Latar Belakang

1. Anak kepada pasangan Azman Hashim (ayah) dan Tunku Arishah Tunku Maamor (ibu). Adik beradiknya yang lain ialah Shahman, Sharinaz dan Shalina.

2. Aktif dalam bidang muzik dari 1999 hingga 2013 dengan memperjuangkan genre muzik R&B, Dance-pop, Electropop, Pop dan Hip hop.

3. Kehadiran awal dalam bidang muzik, Mizz Nina merupakan ahli Teh Tarik Crew (TTC) yang ditubuhkan pada 1999. Beliau merupakan satu-satunya ahli wanita TTC yang turut dianggotai penyanyi Altimet, DJ Fuzz dan Fiquetional.

4. TTC yang menghasilkan tiga album iaitu Are We Rap Stars Now (1999), How’s The Level (2001) dan What’s Next (2004) memutuskan untuk berpecah yang membawa kepada haluan Mizz Nina sebagai penyanyi solo.

5. Penglibatan dalam kerjaya solo mengukir namanya di peringkat antarabangsa, bersama dengan pengeluaran dua album studio berjudul What You Waiting For edaran 2010 dan Takeover (2012).

6. Lagu solo popularnya termasuk What You Waiting For (menampilkan Colby O' Donis), Takeover (menampilkan Flo Rida), With You, Summer Burning dan Around The World (menampilkan Jay Park).

7. Kemunculannya di layar lebar menerusi filem Hantu Gangster pada 2012, manakala di kaca televisyen termasuk Beyond Translations (Astro Oasis), The Mizz Nina Show dan Into Jannah.

8. Pemegang trofi kategori Kulit Album Terbaik menerusi karya Takeover dan Anugerah Kembara (Takeover U.S. Tour) di Anugerah Industri Muzik 2012 (AIM 19). Tidak ketinggalan, kategori Flava Award (Hip Hop / R&B Awards) di Anugerah Shout! 2010, kategori Music Video Award (Best Music Video) di Anugerah Shout! 2012 dan kategori Flava Award (Hip Hop / R&B Awards) di Anugerah Shout! 2013.

9. Pada tahun 2013, selepas menunaikan ibadah haji di kota suci Mekah, beliau mengambil keputusan untuk tampil dengan imej bertudung dan kemudian mengumumkan persaraannya daripada industri hiburan Malaysia.

10. Berkahwin dengan Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan pada 1 Julai 2011 selepas lapan bulan bertunang. Mereka mengumumkan pengambilan seorang anak angkat bernama Musa pada Mac 2022, rentetan kegagalan untuk mendapatkan zuriat sendiri dalam pelbagai usaha yang telah dilakukan.

11. Pada 4 Ogos 2022, Mizz Nina menerusi akaun Instagramnya membuat pendedahan bahawa dia dan Noh Salleh telah memutuskan untuk bercerai selepas 11 tahun berkahwin.

     

Fakta Menarik

1. Merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

2. Telah bekerjasama dengan penyanyi terkenal antarabangsa seperti Theo Martins menerusi lagu Let Me C U Get It, Colby O' Donis (What You Waiting For), penerima Anugerah Grammy, Planet Asia (Hope) dan penyanyi rap Amerika, Flo Rida (Takeover).

3. Membuat persembahan di beberapa acara konsert besar seperti MTV World Stage 2012, Watsons Music Festival 2012, Twin Towers Alive 2011 & 2013 & Bella Awards dan Arthur Day 2011.

4. Pada 1 Disember 2011, beliau merupakan salah seorang penyanyi pembuka tirai di Konsert Pitbull Live In Malaysia 2011.

5. Pada Oktober 2012, beliau pergi ke Melbourne untuk membuat persembahan dan melancarkan album Takeovernya.

6. Diberi peranan sebagai pengacara The MTV Iggy Show - Episod 12 secara langsung di Times Square, NYC.

7. Pereka fesyen yang memiliki label fesyen wanita sendiri.

8. Menerbitkan program kanak-kanak 13 episod, The Cici & Caca Show melalui syarikat produksi Big Fish Entertainment.

        

Baca: Biodata Fatin Athira Mustapa, Isteri Baru Noh Salleh (Hujan)

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Essam Muhammad, Suami Baru Mizz Nina

        

Gambar

mizz nina

mizz nina noh

anak mizz nina

noh

noh hujan

mizz nina noh hujan

mizz nina bercerai

mizz nina cerai

mizz nina instagram

noh salleh

Kredit foto: Instagram Mizz Nina

Video

Kredit video: Kisah Penghijrahan : Mizz Nina

Sumber:

1. Wikipedia Mizz Nina

2. Instagram Mizz Nina

3. Cecah usia 80 tahun Tan Sri Azman kongsi rahsia kekal ‘fit’, mahu beri hadiah birthday untuk diri sendiri




Hakcipta iluminasi.com (2017)