Kredit foto: Instagram PU Amin

     

Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah 2015 iaitu sebuah rancangan realiti Islamik yang mencari penceramah di kalangan anak muda.

Ketika itu, beliau dikenali menerusi trademarknya yang berbunyi "Biar Badan Tak Ada Isi, Iman Kuat Macam Besi".

Kini namanya sering mendapat perhatian kerana kelantangan dalam menegur perlakuan beberapa individu terkenal di media sosial.

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim. Menggunakan nama komersial, PU Amin.

2. Kelahiran negeri Perak pada 11 November 1990. Kini berumur 30 tahun (2020).

3. Bergiat sebagai seorang pengacara dan pendakwah selebriti.

4. Memperoleh pendidikan daripada Universiti Al Azhar.

5. Menempa populariti selepas penyertaan dalam pertandingan realiti islamik, Pencetus Ummah 2015 yang meletakkannya di kedudukan keempat di peringkat akhir.

6. Mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan sehingga kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

7. Laman sosial Instagramnya atas nama @pencetusummah_amin sudah mengumpul lebih 460,000 pengikut.

      

Fakta Menarik

  • Mula berkenalan dengan isterinya sejak di bangku sekolah iaitu sewaktu tingkatan tiga sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga di usia 22 tahun.
  • Perkahwinan sewaktu pengajian tahun tiga di Universiti Al Azhar itu mendapat tentangan daripada keluarga kerana bimbang pelajarannya akan terabai. Namun beliau membuktikan sebaliknya melalui keputusan cemerlang yang diperoleh.
  • Bapanya merupakan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan (buta) sejak lahir.

     

Foto

pu amin

pu amin instagram

pu amin wikipedia

bapa pu amin

pu amin dan isteri 455

pu amin ig

biodata pu amin

Kredit foto: Instagram PU Amin

    

Video

Kredit video: "Haram is haram bro!" - PU Amin mengaku paling galak tegur budaya songsang

    

Sumber:

1. Peserta Favourite, PU Amin Redha Di Tempat Keempat

2. "Belajar Tak Habis Lagi Tapi Dah Nak Kahwin" - PU Amin Throwback Momen Manis Sempena Birthday Isteri

3. Kahwin Ketika Masih Belajar, PU Amin Akui Isteri Tulang Belakang Dalam Mendidik Dan Membina Keluarga

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)