Oleh pada 22 Jul 2019 kategori

Kartel dadah Mexico menjadi tajuk-tajuk utama secara berterusan yang biasanya melibatkan tindakan keganasan. Tetapi jika anda melihat kepada kejadian terpencil, pasti anda tak dapat melihat gambaran penuh betapa dashyatnya mereka.

Pada tahun 2016 sahaja, terdapat 20,766 pembunuhan di Mexico. Penculikan yang dilaporkan melonjak dari 428 kepada 1,128 orang dalam dekad yang lalu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan angka itu adalah berpunca daripada kartel dadah ini. Menurut laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres 2015, lebih daripada 80,000 orang terbunuh antara tahun 2006 dan 2015 kerana keganasan kartel dadah.

iluminasi.com kongsikan 9 fakta dahsyat tentang kartel dadah Mexico.

1. Senjata berkelas dunia

Apa menakutkan untuk mengetahui bahawa kartel dadah Mexico mempunyai senjata berkelas dunia dan mereka tidak takut menggunakannya terhadap sebarang sasaran.

Pada Mei 2015, raja dadah di negeri Jalisco telah menembak jatuh helikopter tentera dengan melancarkan pelancar bom tangan roket.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa kehadiran senjata gred tentera seperti itu telah diketahui selama beberapa tahun, tetapi kejadian ini adalah serangan kali pertama terhadap helikopter kerajaan.

Pada September 2016, kartel Knights Templar mengulangi tindakan itu dengan peluru berpandu anti kereta kebal. Keganasan yang dicetuskan oleh kartel dadah Mexico terlalu dahsyat sehinggakan ia tidak dapat dibendung oleh pihak kerajaan.

2. "Prison Break"

f4f7ff04 9cca 4c15 99a8 36e258072e61

Joaquín Guzmán Loera atau lebih dikenali sebagai El Chapo berjaya melarikan diri dari penjara Mexico bukan hanya sekali tetapi dua kali dalam perjalanan ke penjara di Amerika Syarikat.

Kali kedua, dia berjaya melarikan dari Altiplano, penjara paling ketat di Mexico, melalui terowong yang dibina oleh tahanan lain dengan jarak lebih dari 1.5 kilometer dilengkapi dengan lampu dan pengudaraan.

Tetapi, ini bukan satu-satunya kes berprofil tinggi melibatkan melarikan diri dari penjara Mexico. Pada tahun 2012, lebih daripada 130 tahanan dari penjara di Piedras Negras, berhampiran sempadan Texas, meloloskan diri dari penjara.

Di Apodaca pada tahun 2012, kartel Los Zetas menggunakan pengawal penjara dan pertempuran  yang membunuh 44 banduan sebagai satu cubaan yang membolehkan 30 ahli geng mereka berjaya kelaur dari penjara.

Pada tahun 2009, 53 banduan dari penjara lain melarikan diri selepas mereka diserahkan kepada pengawal polis palsu oleh pengawal penjara.

Pada tahun 2001, El Chapo dikatakan telah melarikan diri dari penjara Puente Grande dengan bersembunyi di dalam troli baju kotor ketika seorang banduan lain menolaknya keluar.  

3. Rasuah politik

rasuah politik oleh kartel dadah mexico

Usaha jenayah seperti ini tidak mampu wujud tanpa "rakan" dengan jawatan yang tinggi. Aliran yang wang yang sangat banyak ke dalam tabung kartel bermakna mereka mampu "membeli" kebanyakan ahli politik.

Javier Duarte, bekas gabenor negeri Veracruz, melarikan diri menggunakan helikopter kerajaan pada Oktober 2016 daripada menghadapi tuduhan berkaitan jenayah terancang dan pengubahan wang haram.

Dia kini dikehendaki di 190 negara dalam waran antarabangsa "notis merah" Interpol. Dia bukan sahaja membiarkan perkembangan kartel dadah dengan menjadikan Veracruz sebagai tempat pembuangan mayat akibat keganasan dadah, bekas gabenor juga dikatakan melakukan pengelewengan.

Menurut pegawai negeri, wang yang sepatutnya disalurkan ke program sosial masuk ke dalam kantungnya. Malah, dia meinpu dengan menjual air dan bukannya ubat sebenar kepada pesakit kanser kanak-kanak.

Duarte hanyalah salah seorang dari segelintir bekas gabenor Mexico yang kini menjadi buruan polis Amerika.

4. Daripada jenayah dadah kepada jenayah kenderaan

peras ugut kenderaan import dan eksport di sempadan mexico

 Dalam monopoli, jika anda menguruskan segalanya, cara untuk menjana wang yang lebih banyak adalah dengan kepelbagaian. Negeri Tamaulipas terletak di sepanjang sempadan Texas di Teluk Mexico, lokasi sibuk dan baik untuk perdagangan halal dan haram.

Unik dalam kalangan kartel-kartel lain, kartel dadah di Tamaulipas telah mengambil alih beberapa pejabat kastam di negeri-negeri sempadan dan dengan ini, mereka mengeksploitasi kenderaan import dan eksport. 

Kereta, ATV, bot, traktor malah treler adalah antara kenderaan yang menjadi sasaran. Penipuan berlaku dengan mengecaj "caj" tambahan namun menjadi semakin dahsyat apabila mereka merampas kereta import tersebut. 

Pegawai sempadan yang bersubahat akan mencadangkan bahawa mereka perlu "berunding" untuk menyelesaikan hal itu, yang bermakna agensi import perlu membayar bayaran tambahan.

Sekiranya agensi import tidak mahu memberi kerjasama, kenderaan-kenderaan tersebut. Terdapat syarikat yang telah menghentikan operasi mereka di sepanjang sempadan Tamaulipas-Texas kerana peras ugut yang berterusan.

5. Piedras Negras - Penjara untuk keuntungan

Apabila pihak media bercakap mengenai penjara untuk keuntungan, mereka secara umumnya memaksudkan situasi di mana penjara dimiliki oleh syarikat swasta dan dijalankan sebagai satu perniagaan.

Kartel dadah Los Zetas sebenarnya menggunakan penjara untuk menjalankan operasi pengedaran dadah di utara Mexico dan menjadikannya sebagai kubu kematian untuk menyeksa dan membunuh saingan.

Menurut pendakwa raya Coahuila, geng Los Zetas membunuh kira-kira 150 orang menggunakan penjara mereka. Mayat-mayat tersebut dibakar atau dihancurkan dalam tangki asid, kemudian dibuang ke sungai berdekatan.

Anggota tertinggi Los Zetas memakai pakaian seragam mereka sendiri di dalam penjara, termasuk jaket kalis peluru, dan memandu kenderaan mereka sendiri dalam kompleks penjara.

Pemerintahan keganasan ini dikatakan telah berlangsung di antara tahun 2009 dan 2012.

6. Penyeludupan wang tunai 

buchones buchonas

Pada Ogos 2016, agen sempadan di San Diego telah merampas wang tunai mencecah RM12 juta dalam satu insiden yang dianggap sebagai rampasan wang tunai paling tinggi dalam sejarah agensi tersebut.

Wang tersebut ditemui dalam bungkusan kedap udara dan dibungkus dalam kotak. Walaupun ia dianggap sebagai nilai yang sangat besar, namun ia merupakan nilai yang kecil jika dibandingkan dengan jumlah wang yang berjaya diseludup.

Sebaik sahaja dadah diseludup dan dijual di Amerika Syarikat, keuntungan tersebut harus dibawa pulang ke Mexico. Trak biasanya digunakan untuk menyeludup keluar wang dalam jumlah yang banyak, disebabkan oleh trafik yang sesak di antara kedua-dua negara.

Walaupun tiada laporan mengenai kartel mana, pihak berkuasa melaporkan berjaya merampas 4,000 bungkusan wang tunai berjumlah sekitar RM1.4 bilion.

7. Pemenggalan kepala

Pada Mac 2017, kartel Los Zetas yang sangat ditakuti telah mengeluarkan satu video memengal kepala.

Terdapat cara yang lebih mengerikan untuk menanamkan keganasan di dalam minda musuh berbanding memenggal kepala, iaitu dengan melakukan beratus-ratus pemenggalan kepala.

Mereka memenggal terlalu banyak kepala sehinggakan ia menjadi satu masalah untuk memusnahkan semua mayat. Pihak berkuasa Mexico menemui kubur yang tidak bertanda di Veracruz yang mengandungi lebih daripada 250 tengkorak.

Terletak di Teluk Mexico, Veracruz merupakan lokasi perang di antara Los Zetas dengan kartel baru yang terdiri daripada bekas ahli Los Zetas sendiri. 

Proses pengiraan mayat yang semakin bertambah telah mengambil tempat di selurusuh kawasan Veracruz, dibantu oleh pegawai yang korup.

Pendakwa raya Veracruz, Jorge Winckler memberitahu media, "Veracruz adalah kubur yang tersangat luas".

8. "Autodefensas"

Apa yang anda akan lakukan jika tiada kewujudan kerajaan, tiada polis yang boleh dipercayai dan kekejaman kartel dadah mengambil alih bandar yang anda tinggal.

Di negeri Michoacán, di mana kartel Knights Templar menjadikannya sebagai masyarakat yang tiada undang-undang, sesetengah orang awam memutuskan untuk bangkit menentang keganasan.

Terdapat kumpulan vigilante Autodefensas di seluruh Amerika Latin namun di Michoacán, mereka melawan kedua-dua pihak polis dan kartel.

Namun, dalam satu dokumentari yang dikeluarkan pada tahun 2015 bertajuk "Cartel Land", terdapat beberapa persoalan yang tidak terjawab tentang Autodefensas sendiri.

Daripada mana mereka mendapat wang?

Di bawah tekanan dari kerajaan untuk mengesahkan gerakan itu, salah seorang pemimpin mereka telah memberontak dan kemudian diberkas dengan beberapa penentang lain.

Autodefensas yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Kor Pertahanan Luar Bandar, juga terlibat dalam makmal dadah yang membawa kepada persoalan, adakah ia sejenis kartel dadah yang lain?

9. Terowong bawah tanah vs Tembok Donald Trump

terowong seluduh dadah oleh kartel dadah mexico

Presiden Trump telah berulang kali berjanji untuk membina tembok di sepanjang sempadan Mexico sebelum dan selepas pilihan raya sebagai cara untuk membendung kedua-dua imigresen tanpa jenayah dan jenayah rentas sempadan.

Tetapi, tembok di atas tanah tidak akan menjejaskan lalu lintas kartel yang sudah berlangsung di bawah tanah.

Pada Disember 2016, pihak berkuasa Mexico menemui terowong yang menghubungkan San Diego, dengan pintu masuk berhampiran Pelabuhan Entry Otay Mesa, ke kejiranan Garita de Otay di Tijuana.

Terowong itu dilengkapi dengan pencahayaan serta landasan keretapi. Kartel-kartel dadah telah berubah menjadi pakar kejuruteraan, menggunakan kawasan yang mempunyai komposisi tanah dan struktur yang baik seperti rangkaian saliran boleh membantu mengaburkan kegiatan mereka.

Kira-kira 185 terowong antara AS dan Mexico ditemui antara tahun 1990 dan Mac 2016. Kartel Sinaloa dianggap sebagai penggerak di sebalik inovasi terowong ini selepas mereka mula-mula berkembang ke Arizona, 25 tahun yang lalu.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)